Seorang pemandu ambulans di Nakhon Nayok, Thailand tular selepas dia didakwa membuat hentian sementara di salah sebuah gerai tepi jalan untuk membeli pisang goreng ketika sedang membawa pesakit ke hospital, lapor Thai PBS World.

Disebabkan kejadian tersebut, pihak hospital terpaksa membuat kenyataan maaf kepada keluarga pesakit yang dilaporkan telah mengalami sesak nafas dan dalam perjalanan ke hospital pada 13 Oktober lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan pemandu tersebut telah membuat tempahan awal pisang goreng melalui sistem dalam talian dan mengarahkan penjual supaya bersedia kerana dia akan melalui jalan tersebut.

Anak perempuan pesakit yang menemani bapanya yang uzur dalam ambulans menjadi saksi kepada keseluruhan kejadian dan ia merasakan bahawa kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Dia kemudiannya telah membuat satu kenyataan di media sosial selepas pihak hospital tidak melayan aduannya.

Bagaimanapun, walaupun pihak hospital sudah membuat permohonan maaf.

Namun kenyataan tersebut seolah-olah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa ambulans hanya berhenti selama tiga saat sahaja.