Tular satu video berdurasi 2 minit 20 saat yang dirakam oleh pemandu lori yang menunjukkan sebuah Perodua Bezza dipandu secara melawan arus selepas didakwa melanggar Honda CR-V.
Pemandu Bezza itu memecut di lorong kecemasan untuk melarikan daripada tempat kejadian, bagaimanapun kereta tersebut telah melanggar pula seorang penunggang motosikal sehingga mangsa separuh mati.
Daripada rakaman video itu, kelihatan bahagian hadapan Bezza itu hancur remuk akibat melanggar motosikal dan terdapat kesan darah membasahi permukaan jalan raya itu.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1513527948267384837?s=20&t=nooOOEj-2pgGLGP_6_3Ylg
Sekumpulan pengguna jalan raya lain memberhentikan kenderaan dan mengepung pemandu terbabit. Manakala, sebahagian lagi memberikan rawatan awal kepada mangsa sementara menunggu kehadiran ambulans.
Rakaman kejadian yang berlaku selepas Plaza Tol Panglima Garang itu membuatkan orang ramai ‘panas hati’ selepas melihat pemandu Bezza itu keras kepala dan bersikap kurang ajar walaupun dia sudah melanggar dua buah kenderaan.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1513682687500103687?s=20&t=nooOOEj-2pgGLGP_6_3Ylg
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1513683254435782656?s=20&t=nooOOEj-2pgGLGP_6_3Ylg
Ya Allah kesian nya org yg kene langgar tu. Adik aku, salah sorang mangsa pemandu mabuk. Teruk. Sampai sekarang masih lagi dlm rawatan. Disebabkan org tak guna hidup jadi manusia mcm ni, org lain teraniaya.. @IsmailSabri60 isu mabuk ni perketatkanlah undang2
— MashiraSera🇵🇸 (@mashiraserra) April 12, 2022
Salah seorang orang awam yang berada di tempat kejadian memaklumkan keadaan penunggang motosikal itu agak teruk, kedua-dua kakinya patah dan mangsa tidak mampu berkata apa-apa semasa ambulans membawanya ke hospital.
Warganet turut berharap agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan segera masalah pemandu mabuk melanggar pengguna jalan raya lain yang saban hari semakin meningkat jumlahnya.
Pada akhir bulan lalu 10 orang tercedera selepas sebuah SUV merempuh kedai makan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
10 Orang Tercedera Selepas Pemandu HR-V Dipercayai Mabuk Rempuh Kenderaan Dan Kedai Makan
Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk
Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen