Semua sedia maklum KLIA merupakan salah satu tempat yang tidak pernah ‘tidur’ sejak dari awal pusat lapangan terbang itu mula beroperasi. Bukan sekadar sesak dengan keluar-masuk pelancong, bahkan sesak dengan kenderaan yang datang membawa dan menurunkan penumpang di situ.
Baru-baru ini pelakon pelawak terkenal Harith Iskandar berkongsi satu rakaman video di mana ada sebuah Perodua Bezza diletakkan di tengah-tengah laluan untuk mengambil penumpang.
“Anuggerah ‘Anda tahu anda berada di Malaysia’ diberikan kepada pemilik Perodua Bezza ini yang secara santai meletakkan keretanya di tengah-tengah lorong ambil penumpang di balai ketibaan KLIA.
“Lebih teruk lagi dia (pemandu berkenaan) berdiri di seberang jalan sambil menghisap rokok sambil memerhatikan kesukaran yang dialami oleh semua orang,” luah Harith Iskandar dengan penuh geram.
"You know you're in Malaysia" Award goes to VGD5679 who casually parks his car in middle of pick up lane at arrivals KLIA (turns out he was standing across the road smoking a cigarette casually watching the difficulty he caused everyone) pic.twitter.com/f0WfXc0zrI
— Harith Iskander (@HarithIskander) March 5, 2023
Tindakan pemandu Bezza itu yang mementingkan diri sendiri telah mengundang kecaman netizen apabila dia melakukan beberapa kesalahan serentak pada masa yang sama.
Hisap rokok di kawasan larangan, meletakkan kereta di laluan awam dan menjadi punca kesesakan pada waktu itu.
Maybe KLIA can start putting bars when entering the pick up area. Use the auto detect plat no, maybe if just pick up for less than 15mins, it's free, more than that terus charge https://t.co/EZpKJ8LAxz
— MIRA (@mira_bored) March 6, 2023
This is what happened last Friday too in KLIA.
Sudah terang lagi bersalin they said it’s for pickup and only 2 mins MAX is given.
I was seriously annoyed because it delayed my husband.
Tak reti membaca is it? Sigh, nak cakap daft nanti marah. 🤨 https://t.co/PYLALKkVqD
— Maisarah Radhi 🔺 (@maimaimai95) March 6, 2023
And everybody was polite enough not to honk him and just drive away. Malaysia. https://t.co/Yz0PjmU8yV
— Judgy judy (@FrugalFliza) March 6, 2023
Orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana jika dibiarkan, akan ada lebih ramai individu tidak bertanggungjawab akan meniru perbuatan tersebut.
Tambah netizen lagi, orang Malaysia ‘terlalu baik’ sehingga tidak mahu membunyikan hon sebagai tanda kereta berkenaan bersalah sehingga menyusahkan pengguna laluan berkenaan.