Sebelum ini polis memaklumkan bahawa pihaknya sudah mengenal pasti identiti seorang lelaki yang didakwa memukul pemandu dan penumpang Proton X70 setelah pemandu Ferrari 458 putih itu enggan mengaku bersalah selepas dia secara tiba-tiba mengundur kereta mewahnya sehingga terlanggar SUV tersebut.
Insiden tersebut telah menjadi buah mulut warganet dan ada mendakwa pemandu Ferrari itu pernah membuat ‘penipuan pakej percutian’ di salah sebuah pulau peranginan sehingga pihak pulau tersebut perlu membuat penjelasan kepada orang ramai mengenai penipuan tersebut.
Menurut portal Hype, kejadian itu berlaku pada tahun 2020 ketika mana ramai orang telah tertipu dengan pakej percutian lengkap 3 hari 2 malam di Laguna Redang Island Resort yang ditawarkan oleh pemandu Ferrari putih, Umance Chong pada harga RM399.
Didakwa Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari ‘Gengster’ Telah Dikenal Pasti
‘Promosi durian runtuh’ itu turut mendakwa dua pembeli tiket bertuah berpeluang untuk membawa pulang Proton X50. Walaupun harga pakej yang ditawarkan itu mempunyai ‘bau-bau penipuan’, namun pakej tersebut habis terjual sebanyak 8,000 tempahan yang bernilai kira-kira lebih RM3 juta dalam masa dua jam sahaja.
Pihak Laguna Redang Island Resort mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyokong sebarang promosi sedemikian. Pada 12 November 2020, pusat peranginan itu mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberi amaran kepada orang ramai supaya mengambil tahu tentang penipuan ini dan menggesa pengguna yang telah membeli ‘pakej percutian palsu’ itu supaya membuat laporan polis dengan kadar segera.
Tiga hari selepas itu, 14 November, Umance telah membuat strim langsung Facebook untuk ‘membuktikan’ pakej percutian itu bukanlah satu penipuan. Dalam video langsung itu, Umance mendakwa disebabkan ‘kesilapan teknikal’ kesemua pakej Laguna Redang Island Resort itu akan dipulangkan atau digantikan dengan perjalanan 3 Hari 2 Malam di Tanjung Rhu Resort di Langkawi pula.
Setelah itu, Umance sendiri turut melawat Langkawi untuk berkongsi bahawa pakej percutian ‘3H2M Tanjung Rhu’ akan diuruskan oleh Fantastic Tour Services. Pakej ini termasuklah bilik Resort Tanjung Rhu secara perkongsian berkembar, lawatan Langkawi 1 hari, 3 kali makan selama 2 hari dan percuma beg bagasi dengan setiap pembelian 2 tiket.
Namun, netizen membuat spekulasi andai kata ini satu lagi penipuan, kerana Fantastic Tour Services sendiri menawarkan harga tawaran yang jauh lebih murah dengan hanya RM244 seorang untuk percutian di Tanjung Rhu Resort pada ketika itu.
Walaupun pembelian terus daripada Fantastic Tour tidak termasuk makanan percuma dan makanan tambahan, pengunjung yang bercuti masih boleh berjimat banyak dengan menggunakan promosi mereka sendiri.
Portal TECHARP menjelaskan modus operandi yang dilakukan itu dikenali sebagai ‘Skim Umpan dan Tukar’. Pada awalnya scammer akan memberikan pelanggan dengan tawaran yang sangat bagus sebagai ‘umpan’.
Kemudian pelanggan akan mendapati pembelian mereka sudah tidak ada lagi. Pada ketika ini scammer akan membuat ‘penukaran’, di mana mangsa akan dipujuk untuk menerima ‘ganti rugi’ yang lebih murah, bukannya refund atau alternatif yang lebih mahal.
Dalam kes ini, Umance telah menawarkan ‘pakej percutian gantian’ Tanjung Rhu dengan pantas dan berada di Langkawi hari ini untuk merakam video Facebook Live dengan pasukannya dan kedua-dua wakil dari Tanjung Rhu Resort serta Fantastic Tour untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.
https://twitter.com/qiltinho/status/1517120205830299649?s=20&t=vSfLHLB-18lpmQhTb_QWiw
Sementara itu, mangsa yang didakwa telah dicederakan oleh pemilik Ferrari 458 putih itu telah berkongsi ‘video bukti’ dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang berada di tempat kejadian pada masa itu.
Dalam video tersebut kelihatan suspek menghayun tangan ke arah kepala mangsa dan rakan wanitanya semasa mangsa mahu berbincang mengenai kemalangan kecil yang berlaku di antara mereka di lampu isyarat Jalan Sultan Ismail.
Pihak polis menyatakan kes baru-baru ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang Proton X70. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.
Didakwa Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari ‘Gengster’ Telah Dikenal Pasti
Nahas Melibatkan Segerombolan Lembu Di Tengah-Tengah Lebuh Raya Cetus Pertikaian Ramai
Pak Cik Shell Kecewa Lihat Pemilik Van EV Singapura ‘Curi’ Elektrik Di Stesen Pengecas Pantas