Beberapa hari lalu seorang pengguna jalan raya menghadapi detik-detik cemas apabila dia terpaksa bergerak di atas kawasan rumput untuk mengelak pertembungan dengan sebuah Honda City merah yang memotong di laluan garisan berkembar.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, insiden terbabit berlaku di KM124 Jalan Kuantan-Segamat. Menerusi rakaman video tersebut, Honda City dengan plat nombor pendaftaran JVC 9323 telah pun dapat dikesan, beralamat di Bukit Beruang, Melaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video yang dikongsikan secara meluas di media sosial itu telah menjadi bualan netizen dan mendapat perhatian pihak polis.

Pemandu Honda berkenaan akhirnya menyerah diri di IPD Rompin pada 30 Ogos dan telah pun ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan pemanduan secara berbahaya.

Sumber Gambar: Facebook Polis Daerah Rompin

Dalam pada itu, pihak polis turut membantu memberi pencerahan kepada orang ramai andaikata pengguna jalan raya pernah menghadapi sedemikian rupa dan mempunyai sebarang bahan bukti, mangsa boleh hadir ke balai polis terdekat bersama bahan bukti untuk membuat laporan, tanpa perlu tunggu insiden itu ‘viral’ di media sosial.

Tambahnya lagi, jika berlaku insiden berbahaya dan ‘berat’ di atas jalan raya, lebih baik membuat laporan terus kepada pihak polis untuk memudahkan kertas siasatan dibuka.

Jika kesalahan yang dilakukan itu ringan dan hukuman boleh dikompaun, laporan boleh diadukan kepada pihak JPJ juga.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebuah Myvi ‘melekat’ sebelah Mercedes apabila pemandunya tersilap tekan pedal minyak. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Myvi ‘Melekat’ Sebelah Mercedes Di Lorong Drive-thru McDonalds

Tanya Dahulu Sebelum Masuk Parkir, Tindakan Pemandu Honda Ini Dipuji Netizen

Tidak Puas Hati Tapak Niaga Ada Kereta, Lelaki Khianat Campak Muatan Atas Kenderaan Awam