Lelaki warga Bangladesh menerima nasib malang apabila terbabit kemalangan yang mulanya hanya cedera ringan, tetapi akhirnya parah selepas digilis oleh sebuah Perodua Myvi di Jalan Butterworth-Alor Setar Gurun, Kedah semalam.

Menurut saksi, mangsa dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal sewaktu melintas jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, mangsa yang terbaring ditengah jalan tidak membenarkan orang ramai mengangkatnya untuk dibawa ke tepi jalan, akibat daripada itu dia kemudiannya digilis oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju dan hilang kawalan.

Mangsa kemudiannya telah mengalami cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. Manakala pemandu tersebut difahamkan telah melarikan diri, namun ia sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan dan video tersebut kini beredar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata bahawa siasatan awal mendapati terdapat seorang lelaki tempatan yang membantu mengawal lalu lintas sewaktu kemalangan berlaku.

Menurutnya, Myvi tersebut nyaris melanggar lelaki yang mengawal lalu lintas sebelum mengelak dan melanggar mangsa yang sedang terbaring di tengah jalan.

Difahamkan pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut dan menjejaki pemandu kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber