Apabila berada di jalan raya, kita sentiasa berharap dan bertawakal agar tiada masalah yang berlaku kepada kenderaan yang sedang kita naiki kerana ia bukan sahaja menyukar diri sendiri, bahkan menyukarkan pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini seorang pemandu lori dikenali ‘Pakman’ berkongsi di TikTok @30pakman90 mengenai pengalamannya membantu seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan menuju ke bengkel untuk interview kerja dari Kajang menuju ke Teluk Panglima Garang di lebuh raya SKVE.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila tayar motosikal pancit sehingga dia terpaksa menolak jauh sepanjang lebuh raya itu. Pakman segera turun daripada lori dan menghulurkan bantuan kepada penunggang motosikal tersebut.

@30pakman90

semoga sahabat semua dimurahkan rezeki selalu #fyp #viral #fypシ #fypage

♬ Nan Ko Paham – Kkz D Blg

“Hari ini jumpa lelaki India ini dekat lebuh raya SKVE dari kajang nak pergi Telok Panglima Garang nak pergi cari kerja. Kawan dia panggil suruh datang interview kerja foreman. Tiba-tiba dia diuji motor bermasalah, tayar pancit dengan keadaan duit pun tak banyak rasanya la.

“Saya nak tolong repair tayar dia, dia asyik tanya pasal harga cas repair berapa. Jangan risau kawan semua. Free je saya tolong,” kata Pakman.

Perkongsian video itu telah mendapat pujian dan sokongan netizen yang lain. Ramai memuji Pakman kerana sudi turun daripada lori dan membantu penunggang motosikal yang menghadapi masalah semasa berada di lebuh raya.

Ada juga pemilik kedai makanan yang ada terletak di R&R dalam lebuh raya itu menjemput Pakman untuk makan di kedainya sepuas hati sebagai tanda ucapan terima kasih.

Sumber Gambar: TikTok @30pakman90
Sumber Gambar: TikTok @30pakman90
Sumber Gambar: TikTok @30pakman90
Sumber Gambar: TikTok @30pakman90

Tambah Pakman lagi, beliau sudah lama membuat kerja-kerja ini (membantu baiki tayar kenderaan pancit). Jika ternampak beliau berhenti menghampiri, beliau menyatakan jangan risau kerana tiada sebarang caj dikenakan untuk membantu baiki tayar kenderaan itu.

Dalam masa sama, orang ramai turut mendoakan mendoakan Pakman dan pasangannya menerima cahaya mata soleh dan solehah, serta baik kesihatannya.