Tular satu rakaman video dashcam di Twitter, di mana ada sebuah Mercedes memberhenti kenderaan lain di dalam kesesakan trafik selama beberapa saat selepas dia berasa marah apabila dihalang daripada terus menggunakan lorong kecemasan.
Video itu bermula dengan kereta yang merakam kejadian itu sedang berada di antara lorong kiri dan lorong kecemasan dipercayai untuk menghalang beberapa buah kenderaan di belakangnya daripada terus menyalahgunakan lorong tersebut.
Salah Guna Laluan Kecemasan, lagi nak tunjuk Gengster. Kereta Mahal tapi pemandu bodoh. No Plat PB98.@PDRMsia @JPJ_Malaysia pic.twitter.com/3v7ueJ0DH2
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) April 27, 2022
Kemudian kereta itu ‘membuka ruang’ untuk memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan di belakangnya untuk meneruskan perjalanan mereka. Mercedes berwarna hitam itu terus meluru ke hadapan, lalu menghimpit untuk memberhentikan kereta yang merakam kejadian terbabit.
Pemandu Mercedes itu membuka tingkap dan menjenguk kepala keluar sebentar, lalu membuat aksi seperti membaling sesuatu ke arah kereta yang menghalangnya daripada menggunakan menggunakan lorong kecemasan itu.
Netizen yang menonton video itu berasa kurang senang melihat tindakan pemandu Mercedes itu yang boleh mendatangkan bahaya dan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.
Kereta mahal tapi otak tk berapa mahal sangat🫠 https://t.co/Isy7wnFoQ9
— Caffeine✨ (@syiemaaa_) April 28, 2022
https://twitter.com/LadyNobody29/status/1519486572915466240?s=20&t=3stosIXdtajibWzen1BF1Q
money can buy C Class but not class https://t.co/gZjOeSr399
— Azizi (@amirzizi_) April 27, 2022
https://twitter.com/aliashaqira_/status/1519325649185677317?s=20&t=3stosIXdtajibWzen1BF1Q
Masa otw pergi muar, jenis kereta mahal macam ni potong kat lane kecemasan ye. Nasib kereta cousin aku tak terbalik sebab dia himpit nak masuk lane kanan☺️ https://t.co/c1K2MlMnic
— . (@Qisssx) April 27, 2022
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU PAHAT
Video Tular Melalui Media Sosial Memandu Secara Merbahaya.
Sumber: Polis Daerah Batu Pahat pic.twitter.com/NBgFNIiII7
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) April 27, 2022
Polis Daerah Batu Pahat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu berlaku dia KM 124.9 Lebuh Raya Utara-Selatan Yong Peng, Johor dan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Siasatan lanjut masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan Rule 53A LN 166/59.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Seorang lelaki cuai tidak sempat membrek motosikalnya telah memarahi pengguna jalan raya lain dengan mendakwannya menjadi punca kemalangan kecil berlaku. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Gara-Gara Tidak Sempat Brek, Penunggang Motosikal ‘Naik Angin’ Dakwa Lancer Jadi Punca Perlanggaran
Langgar Lampu Isyarat Merah Depan Sekolah, Ativa Kena ‘Sebat’ Dengan Kakak RELA
Terlupa Tarik ‘Handbrake’, Orang Ramai Cemas Lihat Nissan GT-R Ini Tenggelam Masuk Dalam Laut