Seorang lelaki yang memandu Nissan GT-R merakam detik dia dihalang daripada memasuki Genting Highland pada waktu malam, semata mata untuk bergambar.
Menurutnya, anggota polis bantuan memaklumkan bahawa kenderaan sports car atau yang sudah diubah suai hanya dibenarkan meneruskan perjalanan sekiranya pemandu mempunyai urusan seperti pergi ke hotel atau kasino.
Lelaki itu membalas dia tidak pergi ke kasino. Hanya mahu naik ke Genting Highland untuk bergambar. Dan ini adalah kali pertama dia mahu bergambar di atas Genting Higland pada waktu malam.
Lelaki itu mengakui dia tidak tahu tentang undang undang di situ. Lalu dia diminta membuat pusingan u dan berpatah balik.
Polis bantuan yang berada di sekatan jalan berkata: “Maaf encik kena patah balik.”
Lelaki pemandu GT-R itu kehairanan. Namun polis bantuan yang bertegas bahawa: “Kalau encik ada urusan pergi hotel atau kasino sahaja boleh naik.”
@muhamedzaidi Maaflah kita newbie kan… 🤣 First time naik, banyak benda kena belajar. Ingatkan GTR boleh naik bila-bila masa. Rupanya ada timing dia juga. Yang otai Genting jangan gelak. Yang tahu, tahu je lah. 🤫 Next time kita datang awal sikit. #mztradinglab #fyp #gtr
Polis bantuan itu juga memaklumkan bahawa, sekatan jalan khas itu dibuat pada setiap hujung minggu: “Pada Jumaat, malam Sabtu dan Sabtu, malam Ahad pada 11 malam sampai 5 pagi.”
Menurut polis bantuan itu lagi, ianya untuk mengelak daripada bunyi terlalu bising daripada kereta sports car atau jenis yang sudah diubahsuai yang boleh mengganggu ketenteraman pelancong yang menginap di situ.
Lalu lelaki itu mendapatkan kepastian, kalau mahu pergi ke Genting Highland sebelah malam, harus pada hari bekerja sahaja, jika tiada urusan di hotel atau kasino.
Polis bantuan itu menjawab: “Kalau encik nak naik [pada hujung minggu], sebelum 11 malam. Untuk pagi pula, selepas 10 pagi.”
Lelaki tersebut akhirnya akur dan berpatah balik.
Ramai yang baru tahu akan peraturan tersebut. Dan mereka selepas ini akan cakna akan perkara itu.
Ramai juga memuji perbualan kedua dua pemandu dan polis bantuan tersebut dianggap saling menghormati dan memudahkan, walaupun ada yang kurang setuju dengan polisi tersebut.