Selepas Kuala Lumpur menyaksikan perhimpunan BERSIH dan demonstarsi ‘baju merah’ pada Ogos dan September lalu, pada 18 November nanti, giliran pemandu-pemandu teksi di seluruh negara membuat bantahan pula.

Perhimpunan besar-besaran itu dinamakan ‘Himpunan Merombak SPAD’.

pemandu-teksi-demo

Timbalan Pengerusi, Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain pada sidang akhbarnya hari ini berkata demonstrasi itu diadakan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati pemandu teksi terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Menurutnya, SPAD gagal membela nasib pemandu teksi dan terus membenarkan aplikasi Uber dan Grab Car digunakan.

“SPAD telah gagal. Kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kita prihatin, tetapi kepercayaan yang kita telah berikan kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah gagal beliau tunaikan.

“Kita nak SPAD diberi wajah baru. Hendaklah diberi nafas baru. Seandainya kita berjaya himpunkan 6,000 pemandu teksi, saya percaya Syed Hamid kena letak jawatan,” katanya.

Demonstrasi berkenaan dijadualkan di tiga lokasi berbeza iaitu di Masjid Kuala Lumpur, Padang Merbok dan Kompleks Kraf bermula jam 10 pagi. Mereka seterusnya akan berarak ke suatu lokasi yang dirahsiakan.

BACA: Pemandu Uber Tidak Boleh Memperbaharui Cukai Jalan

BACA: Pemandu-Pemandu Teksi Melakukan Tindakan Yang Tidak ‘Cool’ Terhadap Uber Dan Grabcar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber