“Tak guna belajar tinggi tapi tak jujur” itulah ungkapan yang dilontarkan oleh netizen berhubung sejumlah pelajar universti yang didakwa sering menganaiya pemandu teksi dengan menipu pembayaran QR.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisahnya mendengar rintihan seorang pak cik yang juga bergelar pemandu teksi yang kecewa sering kali ditipu oleh pelajar universti yang guna perkhidmantannya.
Difahamkan dia menaiki teksi tersebut untuk pulang ke rumahnya, jadi wanita itu sahaja bersembang dengan pemandu berkenaan.
Tetapi alangkah terkejut buat dirinya apabila pemandu teksi itu mendedahkan bagaimana sering terjadi kes pelajar universiti sengaja tidak membuat pembayaran untuk servis penghantarannya.
“Kesian pak cik ni dia bercerita asyik kena scam dengan pelajar universiti, berlakon scan QR code tapi sebenarnya tak bayar pun,” kongsi wanita itu.
Apa yang menyentuh hati ramai di mana pemandu teksi itu sebenarnya sedia pejam mata akan caj tambang asalkan pelajar-pelajar itu jujur jika benar-benar menghadapi masalah kewangan.
Tetapi sayang sekali, ramai lebih memilih untuk menipu berlakon membuat pembayaran berbanding berterus terang kepada pemandu.
Wanita itu pun turut bersimpati dengan nasib pemandu teksi terbabit yang mana terpaksa menanggung kerugian walhal tambang yang diterima mungkin tidak banyak mana pun ditambah pula dengan saingan servis penghantaran lain yang sedia ada.
“Pak cik sangat kecewa kenapa orang yang belajar tinggi sanggup menipu orang lain,” keluhnya lagi.
@dila_dilala Jadilah orang yang bertanggungjawab, tolonglah jangan menipu orang yang tengah mencari rezeki. Kesian, aku dengar pun 痛心!Lagikan uncle ni yang merasa 🥹
Wanita itu sepertinya tidak berpuas hati dengan fenomena negatif ini yang mana anak muda yang sepatutnya menjadi harapan negara tetapi menjadi penipu pula demi hanya mahu mengelak membayar tambang yang tidak semahal mana kepada pemandu teksi.