Sejak pihak kerajaan mengumumkan tiada lagi sistem pencen buat lantikan baharu pegawai kerajaan selepas ini, dapat dilihat kecoh di media sosial mengenai pendapat yang dilontarkan kepada orang ramai.

Antara rungutan yang paling popular dan mendapat perhatian sekali adalah suara-suara yang mahukan ahli politik termasuk wakil rakyat juga dikenakan sistem yang sama.

Baca Juga:

Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan adangan skim tidak berpencen untuk penjawat awam juga terpakai kepada ahli politik berjawatan, termasuk wakil rakyat.

Perdana menteri berkata, secara prinsipnya kerajaan bersetuju dengan keputusan berhubung pemansuhan pencen kakitangan awam.

“Kalau kita mula pada 1 Feb 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua pelantikan baharu (termasuk) ahli politik.

“Jadi ada orang kata mengapa tidak (ahli politik), tidak soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri, kemudian jadi timbalan perdana menteri.

“Itu menunjukkan Perlembagaan kita boleh kaji tapi tak boleh kebelakangkan retrospektif,” katanya kepada pemberita ketika makan tengah hari bersama rakyat di Desa Sri Hartamas.

Beliau berkata, mana-mana negara, termasuk Malaysia tidak boleh bertahan dengan kedudukan ekonomi semasa dan memerlukan perubahan terhadap sistem pentadbirannya.

Tetapi, katanya, apa juga perubahan ingin dilakukan kerajaan perlu didahului cadangan serta perbincangan, termasuk pemansuhan pencen sebelum ia dimuktamadkan.