Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima pemberian Hadiah Nobel Keamanan daripada pemimpin pembangkang Venezuela, María Corina Machado.
Ianya Hadiah Keamanan kedua diterima Trump selepas Hadiah Keamanan FIFA baru baru ini.
Trump sudah lama mengidam Hadiah Keamanan Nobel itu selepas dia mendakwa menjadi orang tengah dalam konflik di Gaza dan beberapa lagi usaha lain.
Trump dikira pemenang Nobel?
Sudah tentu tidak! Kerana hadiah yang diterimanya ini adalah daripada Maria Corina yang telah menyerahkan anugerah Keamanan Nobel miliknya kepada Donald Trump.
Maria mahu memindahkan hak milik Hadiah Nobel itu kepada Trump dan meninggalkannya di Rumah Putih.
Marina Corina merupakan salah seorang penerima Hadiah Keamanan Nobel pada 2025. Dan kini dia merasakan bahawa Trump layak menerima hadiah itu.
Oleh kerana Hadiah Keamanan Nobel di Norway terus membisu dengan permintaan daripada Trump dan beberapa sekutunya, termasuk Netanyahu, maka Maria Corina menyerahkan Hadiah Nobelnya kepada Trump.
⚡️🇺🇸🇮🇱BREAKING:
Israeli PM Netanyahu has nominated U.S President Donald Trump for the Nobel Peace Prize. pic.twitter.com/jKMSI9Dads
— Suppressed News. (@SuppressedNws) July 7, 2025
Trump berkata: “Ini merupakan satu penghormatan besar bagi saya untuk bertemu María Corina Machado dari Venezuela hari ini.
“María memberikan Hadiah Nobel Keamanannya kepada saya atas kerja-kerja yang telah saya lakukan. Satu isyarat luar biasa yang mencerminkan rasa saling menghormati,” tambah Trump.
Maria Corina Machado nekad meninggalkan pingat Nobel tersebut di Rumah Putih dan ia kini berada dalam simpanan presiden, menurut sumber Rumah Putih yang mengetahui perkara itu.
Trump sejak sekian lama menginginkan anugerah tersebut.
Namun, Jawatankuasa Nobel yang menganugerahkannya telah menegaskan bahawa hadiah itu tidak boleh dikongsi atau dipindah milik.
Dan pemiliknya tetap Marina Corina Machado, bukannya Trump.
“Sebuah pingat boleh bertukar pemilikan, tetapi gelaran penerima Hadiah Nobel Keamanan tidak boleh dipindahkan,” demikian menurut kenyataan jawatankuasa Nobel dalam satu hantaran di media sosial X.
Sebelum ini, Trump secara lantang menyatakan bahawa dia layak menerima Hadiah Nobel Keamanan dan meremehkan Machado ketika dia memenangi anugerah tersebut.
Pada 3 Januari, Trump mengarahkan serangan ketenteraan ke atas Venezuela, yang menggulingkan Nicolás Maduro, presiden berhaluan kiri yang sekian lama dianggap tidak sah dan musuh oleh Amerika Syarikat.
Maduro turut dilabel oleh AS sebagai Pengganas-Narko dan juga memanipulasi sistem pilihanraya.
Selepas pertemuan dengan Trump di Rumah Putih pada Khamis waktu tempatan, Machado memberikan penjelasan positif mengenai perbincangan tertutup mereka dengan berkata, “Kami bergantung kepada Presiden Trump untuk kebebasan di Venezuela.”
“Presiden Trump memahami situasi di Venezuela; dia prihatin terhadap penderitaan rakyat Venezuela,” katanya.
Machado berkata dia memberitahu Trump bahawa rakyat Venezuela “ingin hidup dengan kebebasan, maruah dan keadilan; kami mahu anak-anak kami kembali ke tanah air, dan untuk itu berlaku, demokrasi haruslah mekar di Venezuela.”
Maria Corina sedar bahawa hadiah itu tak boleh dipindah milik, namun dia merasakan Trump paling layak. Dan dia tetap akan memberikannya kepada Trump.
‘HE DESERVES IT’: Nobel Peace Prize winner Maria Corina Machado sits down with @RCamposDuffy to share the “emotional moment” she presented President Trump with her Nobel Peace Prize.
Don’t miss the full interview at 8:00 a.m. ET on @foxandfriends. pic.twitter.com/sBKfZoUAaK
— Fox News (@FoxNews) January 16, 2026
Trump yakin dengan penghormatan ini, dan dari FIFA sebelum ini, dia semakin hampir akan menerima Hadiah Keamanan Nobel tidak lama lagi,