Seorang pembantu rumah warga Indonesia di Singapura dipenjara setelah didapati bersalah menggunakan antiseptik Dettol sebagai ‘bahan tambahan’ untuk minumanan Ribena yang diminum oleh anak-anak majikannya.

The Straits Times (ST) melaporkan bahawa pembantu rumah, Mila Rindi Antika, 18 tahun, mencampurkan antiseptik Dettol dengan sebotol Ribena pada pagi 4 Ogos semasa dia bersendirian di rumah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas mencampur kedua-dua cecair tersebut, Mila kemudian meletakkan Dettol di hujung almari tempat ia biasanya disimpan.

Pada petang itu, majikan dan anak-anaknya, masing-masing berusia 32, 10 dan 11, pulang dan minum Ribena yang telah dicampur Dettol tersebut.

Majikan dan anaknya yang berusia 11 tahun tidak mengesyaki apa-apa yang salah walaupun mereka kui bahawa minuman itu mempunyai rasa kimia, manakala anaknya berusia 10 tahun pula mengadu airnya terasa ‘pelik’.

Namun mereka bernasib baik kerana tiada seorang pun daripada mereka yang jatuh sakit kerana minum Ribena yang telah dicampur Dettol.

Setelah mendengar anaknya mengadu mengenai rasa dan bau yang pelik, majikannya telah bertanya kepada Mila mengenai perkara tersebut, tetapi dia menafikan dengan keras tuduhan majikannya.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut, majikannya melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan dia turut menyerahkan bukti – botol Ribena dan antiseptik Dettol – yang diletakkan di dalam kabinet.

Mila kemudiannya membuat pengakuan bahawa dia melakukan perbuatan itu dengan alasan untuk mengelak daripada melakukan kerja dan mendakwa dia menjadi mangsa penderaan emosi serta tidak diberi makan yang mencukupi.

Pendakwa raya berkata Mila memilih untuk mencampurkan Dettol dengan Ribena kerana dia sedar bahawa mereka sering membuat minuman tersebut setiap hari.

Dia juga didakwa berharap agar minuman itu diambil oleh majikannya, serta melakukan perbuatan itu di kawasan yang dia fikir tidak akan dirakamkan dalam CCTV.

Semasa perbicaraan mahkamah pada 9 Nov, Mila mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan perbuatan terburu-buru yang boleh membahayakan orang lain.

Bagi pertuduhan itu, dia boleh dikenakan penjara setahun dan denda sehingga S$5,000 (lebih kurang RM17,300). Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara empat bulan.

Selain itu, Mila juga didapati gagal memenuhi syarat minimum Kementerian Tenaga Kerja iaitu sekurang-kurangnya berumur 23 tahun untuk memohon permit kerja. Namun tiada tindakan diambil mengenai isu terbabit.