Sekiranya anda seorang pembayar cukai kami yakin anda sebolehnya mahu mengurangkan pembayaran cukai yang dikenakan. Penawaran perlepasan cukai membolehkan anda mendapat rebat daripada jumlah cukai yang perlu dibayar sekaligus membolehkan anda membayar cukai dengan harga yang rendah.

Memandangkan tarikh pemfailan cukai bakal ditutup tidak lama lagi, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut mengambil iniasiatif telah memaklumkan para pengguna dimana anda berpeluang mendapat perlepasan cukai melalui pembelian barangan penyusuan buat bayi.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pelepasan Pembelian peralatan penyusuan ibu

Berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi perlepasan cukai, para individu berpeluang untuk mendapat perlepasan cukai melalui pembelian barangan bayi setiap dua tahun khusus dengan perlepasan sehingga RM1,000.

Perlepasan cukai yang diumumkan merupakan sesuatu yang agak baru memandangkan ianya baru sahaja diumumkan ketika Budget 2017. Buat anda yang ingin mendapatkan perlepasan cukai, pastikan anda menyimpan resit pembelian sebagai bukti pembayaran.

Selain barangan melibatkan penyusuan bayi, anda berpeluang mendapat perlepasan cukai melalui langganan internet dan langganan gym. Sekiranya anda ingin mengetahui barangan yang dikenakan perlepasan cukai, anda boleh layari ke laman web LHDN untuk senarai penuh.