Umum ramai mengetahui Genting Highlands salah sebuah lokasi yang tidak pernah ‘tidur’ di Malaysia dan menerima ramai pengunjung lebih-lebih lagi pada hari hujung minggu.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook memuat naik gambar pembinaan struktur gantri plaza tol kelihatan di Genting Highlands.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut portal Paultan.org, dua gambar yang dirakam berlokasi berhampiran bulatan besar Gohtong Jaya, melalui ke bahagian Batang Kali.

Sumber Gambar: Facebook Vincent Chow

Manakala satu lagi gambar dirakam di jalan susur tepi untuk naik ke lot kedai Gohtong Jaya yang sedang dalam pembinaan pada ketika ini.

Tambah portal itu lagi, sekiranya pembinaan tersebut adalah gantri plaza tol, ia adalah keputusan Genting Highlands bukanlah kerajaan kerana kawasan tanah tinggi itu hak milik persendirian sepenuhnya.

Sementara itu perkongsian semula gambar-gambar ini di Facebook Aurizn mendapat pelbagai reaksi warganet.

Ada yang berharap pembinaan itu bukanlah plaza tol kerana keadaan trafik sekarang pun sudah sibuk, apatahlah jika pelaksanaan tol di buat di sana nanti.

Di samping itu, ada warganet berpendapat struktur gantri itu mungkin sebuah gerbang utama bagi kawasan perumahan dan pusat beli belah serba baharu yang sedang dalam pembangunan lagi.

Setakat artikel ini tulis, tiada kemas kini atau pengumuman rasmi mengenai pembinaan struktur gantri tersebut.

Sumber