Bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon era 90-an, Allahyarham Along dibebaskan dari penjara Kajang pada hari ini.

Peguamnya, Che Muji Che Noh berkata, Mohd Ya’cob, 57, telah selesai menjalani hukuman 33 tahun bermula tarikh tangkap, 4 Januari 2000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“InsyaAllah, dia bebas hari ini, hukuman penjara itu termasuk satu pertiga daripada cuti dan lain-lain, itu undang-undangnya.

“Bermakna dia telah selesai menjalani hukuman penjara selama 33 tahun.

“Saya turut menghujah, anak guam telah berkelakuan baik maka ia menjadi faktor mahkamah perlu ambil kira hukuman tersebut,” katanya. Pesalah yang berasal dari Johor itu telah dibebaskan pada jam 5 petang tadi.

Sementara keluarga Allahyarham Along Spoon mengambil pendekatan kunci mulut berhubung pembebasan bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati, 57, dari Penjara Kajang pada Khamis.

Seorang wakil keluarga Allahyarham yang enggan dikenali berkata, dia tidak mengetahui apa-apa mengenai kes berkenaan dan tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Saya tak tahu (Mohd Ya’cob dibebaskan).

“Nak ulas lebih pun tak boleh sebab saya masih kecil ketika kes ini berlaku,” ujarnya ringkas kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya meminda hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap Mohd Ya’acob kepada pemenjaraan 33 tahun dan dibebaskan hari ini kerana sudah dikira selesai menjalani hukuman itu.

Dalam prosiding hari ini, keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Untuk makluman, kes pembunuhan Along Spoon telah memakan masa selama 10 tahun untuk diselesaikan. Polis berjaya menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.