Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail mendedahkan ada individu tempatan yang sanggup menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing antara RM300 hingga RM3,000 sebulan bergantung jenis kenderaan.
Menurutnya lagi, kesalahan itu kerap kali dikesan meskipun Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) yang dijalankan setiap bulan, petik Harian Metro.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
“Op Pewa ini adalah operasi yang sering kita jalankan, namun kesalahan itu tetap banyak dikesan disebabkan ada pemilik tempatan menyewa kenderaan mereka kepada warga asing.
“Justeru, pemilik kenderaan dinasihatkan supaya tidak menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing kerana ia boleh merisikokan keselamatan pengguna jalan raya lain selain permasalahan isu tuntutan insurans.
“Tindakan juga boleh dikenakan kepada pemilik berdaftar atas kesalahan membenarkan kenderaan dipandu atau ditunggang tanpa lesen dan salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tujuan perniagaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan warga asing supaya memohon LKM bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.