Lamborghini, kebanyakkan orang ramai suka kereta mewah dari Itali itu kerana rekaannya yang sporty dan prestasinya yang laju.

Semalam tular satu hantaran dikongsikan Facebook Orang Wangsa Maju mendapat perhatian warganet apabila seorang wanita meminta tolong orang ramai mengesan pemilik Lamborghini berwarna kuning.

Baca Juga:

“Anak saya ambil gambar ini pada 18 April 2024 jam lebih kurang 4.30 petang di kawasan Jalan Taman Melati. Dia punya gembira nampak kereta Lamborghini kuning ni. Masa ini tengah hujan lebat sangat. Gigih dia nak amil gambar.

“Sampai ke hari ini anak saya (umur 8 tahun) nak naik kereta ini. Jenuhlah saya nak mencari pemilik kereta ini. Ada siapa-siapa kenal ke? Dapat bergambar tepi kereta pun jadilah lepaskan hajat dia. Terima kasih admin viralkan,” kata wanita itu.

Sumber Gambar: Facebook Orang Wangsa Maju

Hantaran itu mendapat perhatian dan warganet kongsikan semula hantaran Facebook tersebut supaya sampai kepada pengetahuan pemilik Lamborghini berkenaan.

Ramai berharap pemilik kereta mewah tersebut dapat penuhi impian kanak-kanak itu.

Seperti doa salah seorang warganet dimakbulkan, ahli keluarga wanita itu berjaya menemui pemilik Lamborghini yang dicari-cari.

Menerusi perkongsian TikTok @mikaelhidayat, beliau terperasan hantaran Facebook yang tular itu lalu menanyakan kepada kawannnya.

Ternyata, kereta yang dirakam itu adalah milik kawannya dan beliau bersetuju untuk berjumpa keluarga wanita itu untuk memenuhi permintaan tersebut.

@mikaelhidayat

Semalam ada baca satu hantaran macam tular jugalah di group Orang Wangsa Maju Aku rasa macam kenal pemilik kereta yang kakak ni maksudkan dan cubalah tag member aku tu dan ya memang dialah orangnya Diringkaskan cerita, member aku ni pun hubungi kakak ni untuk berjumpa malam semalam dengan nak tunaikanlah impian budak ni Dema datang empat beranak. Ibu, kakak, abang dan adik, ayahnya outstation Si adik ni lah yang berhajat besar nak tengok dekat2 kereta ni tapi abangnya pun sama teruja Aku kat situ cuma buat ramai je lah, sambil mendengar ibu budak ni kabo mmg si adik memang peminat kereta gini sambil si kakak yang agak pendiam senyum2 je mendengar Menariknya, si abangnya yang menghidap Leukemia dan tengah treatment di HKL pun kongsi minat yang sama. Masa ni, aku nampak riak muka member aku ada berubah sikit, terkesan kot sambil kerapkali dia mengusap rambut si abang Ibunya sambung cerita, yang dia tak tahu apa cara nak tunaikan impian anaknya tu, itu yang dia minta tolong ke admin group Lepas belanja makan, member aku ni bawalah dema dua beradik ni naik kereta ronda2, sambil membuat onar belanja bunyi. Balik dari ronda2 tu memang aku nampaklah abang adik muka happy and excited Lepas tu dema dua beradik bergambar le puas2 dgn kereta tu kat situ Jujur sebelum sampai kedai member aku tu, aku fikir ini satu lagi cerita happy ending sebab impian budak2 tercapai Tapi lepas tengok depan mata sendiri, aku terfikir beberapa benda jugalah Antaranya Mustahil macam mana pun impian seorang ibu untuk anaknya, jika Tuhan izinkan, tetaplah jadi walau tak disangka cara Sekecil perkara buat kita, sebesar-besar maknanya untuk orang lain, kadang-kadang orang yang kita tak kenal pun Last sekali, hujan takde angin pun takde, kenapa mata member ni tetiba masuk habuk? btw, member aku ni sangat low profile, dia seboleh-bolehnya nak buat benda ni senyap je tapi aku pedulik apa fyppppppppppppppppppppppp lamborghini choosehappiness

♬ original sound – MiK4 – MiK4

Wanita itu datang bersama tiga anak berjumpa dengan pemilik Lamborghini yang budiman itu.

Semasa mereka duduk makan malam bersama, wanita itu memberitahu ‘adik’ memang cukup minat kereta Lamborghini.

Pada masa sama, abangnya menghidap leukemia dan sedang buat rawatan di Hospital Kuala Lumpur pun berkongsi minat yang sama.

“Masa ni, saya nampak riak dan air muka kawan saya ada berubah sikit, mungkin terkesan sambil kerap kali dia mengusap rambut si abang.

“Ibunya sambung cerita, yang dia tak tahu apa cara nak tunaikan impian anaknya tu, jadi antara cara ialah dengan memohon pertolongan admin Facebook Orang Wangsa Maju,” ujar @mikaelhidayat.

Tambah beliau lagi, selepas makan adik dan abang dibawa ronda-ronda di kawasan sekitar menaiki Lamborghini.

Kedua-dua adik beradik tersebut turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan kereta idaman mereka itu.

Orang ramai memuji pemilik Lamborghini yang budiman itu kerana sudi memenuhi impian kedua-dua adik beradik yang hanya diketahuinya selepas tular di Facebook.

Mereka berharap kedua-duanya dapat memiliki kereta mewah itu apabila dewasa nanti dan dapat berbuat perkara yang sama kepada orang lain pada masa akan datang.