Pada hari Tahun Baharu Cina baru-baru ini, ia merupakan tarikh di mana bisnes Kicap Hup Teck yang sudah lebih 100 tahun beroperasi berakhir.

Pemilik bisnes, Low Bak Tong merupakan generasi kedua yang meneruskan legasi perniagaan itu selepas bapanya, Low Kong meninggal dunia pada tahun 1983.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Menerusi satu temu bual bersama BFM Radio, beliau yang berusia 72 tahun itu langsung tidak berasa menyesal untuk menutup bisnes yang sudah kukuh sejak satu abad lalu.

Tak menyesal tutup bisnes kicap Hup Teck
'Saya Tak Menyesal Tutup Bisnes' – Pemilik Kicap Hup Teck
Sumber Gambar: Facebook Hup Teck

“Saya tak rasa macam itu. Mungkin saya ini orang tua yang degil. Mungkin orang lain rasa sayang, tapi bukan saya.

“Bila saya lepaskan sesuatu, saya lepaskan sepenuhnya. Saya tak akan menyesal,” jawab Low apabila ditanya sama ada dia tidak berasa rugi membuat keputusan menutup bisnes.

Tambahnya lagi, beliau langsung tidak fikirkan mengenai pewaris perniagaan. Ini kerana bisnes itu dibuat sesama ahli keluarga sahaja.

Ahli keluarga muda yang bekerja dengannya turut mengambil keputusan untuk berhenti bekerja selepas Low menyatakan hasrat untuk ‘pencen’.

Beliau berpendapat untuk menjadikan orang luar daripada ahli keluarga sebagai pekerja merupakan satu cabaran.

'Saya Tak Menyesal Tutup Bisnes' – Pemilik Kicap Hup Teck
Sumber Gambar: Facebook Hup Teck

“Nak gajikan orang luar pun susah. Bayangkan kalau orang luar tak puas hati dengan saya, saya takut dia masukkan sesuatu dalam tempayan kicap.

“Sebab itu saya kekalkan operasi ini dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Rasa lebih dan yakin begitu.

“Kami jual produk makanan, tak kisahlah kalau saya kurang untung. Yang penting saya buat yang terbaik untuk pelanggan.

Low juga tidak pernah terfikir untuk menjual bisnesnya yang sudah stabil itu kepada orang lain.

Menurutnya, andaikata beliau jual bisnes tersebut, beliau tidak akan jual resepi dan teknik yang ayahnya buat.

“Saya akan pulangkan ilmu itu kepada ayah saya,” katanya sambil menegaskan beliau langsung tidak berasa rugi.

Beliau menyatakan walaupun ada orang muda yang berminat untuk sambung bisnes tersebut, belum tentu beliau boleh terus ajar mereka.

Ini kerana beliau hanya memilih orang muda yang serius dan komited, barulah ilmu pembuatan kicap Hup Teck asli diturunkan.

“Kena rajin kalau nak belajar daripada saya. Perlu ikut saya setiap hari. Ia makan masa.

“Malangnya ramai putus asa selepas cuba sekejap. Sebab kena tahan cuaca panas, angkat barang berat. Mereka tak sanggup,” terang Low.

Pelanggan kecewa tiada lagi kicap Hup Teck selamanya
'Saya Tak Menyesal Tutup Bisnes' – Pemilik Kicap Hup Teck
Sumber Gambar: Facebook Hup Teck

BFM Radio juga sempat menemu bual beberapa para ‘pelanggan akhir’ yang sempat membeli kicap Hup Teck sebelum kedai tersebut ditutup selama-lamanya.

Ramai yang terkejut dan berasa sedih apabila mengetahui tentang berita tersebut.

“Terkejut dan frust. Sayangnya dia terpaksa tutup. Saya masak dengan kicap Hup Teck sejak saya buka restoran. Kicap ini memang ada aroma pekat dan unik.

“Sangat mengejutkan. Sebab itu bila nampak posting Facebook, kami terus datang kedai untuk beli.

“Bila dengar berita saya terus datang, ingatkan boleh simpan stok. Tapi satu botol pun tak dapat. Sangat rugi tak ada orang sambung bisnes dia. Dia hanya guna bahan asli,” luah pelanggan-pelanggan kicap Hup Teck.

'Walaupun Sudah Lebih 100 Tahun, Saya Tak Menyesal Tutup Bisnes' – Pemilik Kicap Hup Teck
Sumber Gambar: X.com/@bfmradio

Apabila ditanya apa yang Low akan buat selepas ‘pencen’ nanti, beliau mahu meluangkan masa untuk berjumpa kawan-kawan yang ada di sekitar Gopeng.

“Kalau ada masa saya mahu jumpa adik saya di Australia.

“Orang kata susah nak biasakan diri selepas bersara, tapi saya tak fikir macam itu. Saya akan hidup hari demi hari.

“Kalau saya sudah habis berbual dengan kawan-kawan dekat sini (Gopeng), saya akan jumpa kawan dekat tempat lain pula. Semua orang Gopeng adalah kawan saya.

“Itulah kehidupan,” kata Low akhiri temu bual tersebut.