Bagi kanak-kanak yang membesar di kawasan perumahan bertingkat, berkumpul beramai-ramai untuk main bola sepak adalah satu kemestian.
Namun, kadang-kala tercetus ‘pergaduhan kecil’ antara budak-budak dengan orang dewasa di kawasan perumahan.
Baca Juga:
- Netizen Geram Tengok Budak Rohingya Campak Kek Batik Sarawak Orang Bagi
- Ketua Polis Selangor Sahkan Kejadian Hanya Salah Faham, Bukan Kes Culik Budak Berlaku Di Klang
- ‘Tak Hormat Orang Mati’ – Netizen Kecam Budak Mengaku ‘Terpaling’ Metal Ambil Gambar Di Kubur
Seorang pengguna Facebook Siti Hajar Rahman berkongsi situasi di mana jirannya kurang senang apabila Proton X50 miliknya sering terkena bola disepak oleh budak-budak yang bermain berhampiran keretanya.
“Budak-budak disuruh berhenti main sejak bola melantun terkena kereta Proton X50 (Special Edition) dia. Isu ini sudah berlarutan agak lama, setakat ini masih belum ada solusi yang win-win untuk kedua-dua belah pihak.
“Setiap kali kereta dia balik, maka akan bertempiaran larilah anak-anak daripada bermain.
“Untuk saya sebagai mak, macam mana nak beritahu anak supaya jangan main walhal itu satu proses untuk dia membesar,” petik perkongsian Puan Siti Hajar.
Hantaran Facebook itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong kanak-kanak itu. Ada juga yang menyokong pemilik Proton X50 tersebut.

Bagi yang menyokong kanak-kanak, netizen meminta pemilik kereta untuk pindah kawasan parkir jauh daripada tempat budak-budak bermain.
Sementara penyokong pemilik kereta pula berpendapat, kawasan itu tidak sesuai untuk bermain bola sepak kerana ia dipercayai gelanggang badminton atau sepak takraw.
Pun begitu, ramai mencadangkan agar penduduk setempat berbincang bersama pihak pengurusan untuk mencari jalan solusi yang terbaik — kanak-kanak dapat bermain dengan selesa, pemilik kereta berasa selamat apabila parkir di situ.
Netizen turut mencadangkan untuk menambah jaring pagar tinggi di situ. Sekiranya sepakan tersasar, bola tidak akan mengenai kereta ataupun tingkap-tingkap rumah yang ada berhampiran.
Tambah mereka lagi, sekirany pihak pengurusan tidak mahu keluarkan kos tambahan, ibu bapa bolehlah berkongsi seorang sedikit untuk membayar jaring pagar dan memasang sendiri untuk menjimat kos.
“Bersatu teguh, bercerai roboh,” – ujar salah seorang netizen.