Nur Fazura tenang menjawab lamaran yang diterimanya ketika dia sedang bersiaran langsung di Instagram. Dan peminat terkesima melihat kecomelan Fazura ketika menjawab lamaran tersebut.
Fazura menyatakan bahawa, mustahil untuk dia menerima lamaran daripada sesiapa pada masa ini kerana dia masih dalam tempoh iddah.
Seorang peminat lelakinya menulis komen: “Saya bujang Faz”
Dia membalas: “Dan saya dalam iddah. Oh ya, gembira dapat tahu yang kamu masih bujang.”
Seorang yang melamar Fazura untuk berkahwin. Dia sekali tenang menjawab: “Iddah tak habis lagi, nak berkahwin macamana.”
Peminat menggap Fazura seorang yang comel ketika melayan peminatnya yang ternyata banyak karenah.
@stokin.yg.hilang comel jer faz bila jawab soalan fans 😂 #fazura #fattahamin #fazuraLIVE
Selain itu, Fazura turut memberikan perkembangan terkini tentang tindakan perundangan ke atas beberapa individu.
Menurut Fazura, pihaknya sudah mengenalpasti ramai individu. Dan dia juga menyatakan pihaknya akan tetap mengambil tindakan. Buat masa ini dia menyerahkan kes itu kepada polis dan berserah kepada Allah.
Fazura juga terharu dengan peminat yang masih sayangkannya dan terys menyokongnya.
Fazura sebelum ini rasmi bercerai dengan Fattah Amin pada 7 Oktober yang lalu. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata.
Fazura menyatakan dia membuat keputusan untuk menuntut cerai demi dirinya dan anak yang dia sayangi.