Peminat Arsenal percaya Spurs sudah terkena karma kerana perbuatan Son Heung Min musim lalu.

Pada hari terakhir EPL, Arsenal masih berpeluang untuk menjadi juara. Dengan syarat Man City kalah dan mereka menang.

Arsenal benar benar optimis akan melakarkan kejutan hari terakhir. Memandangkan Pep Guardiola kerap bermasalah melawan pasukan Spurs.

Oleh sebab itu, Arsenal sudah membuat persiapan untuk meraikan kejuaraan liga mereka. Peminat Arsenal percaya akhirnya mereka akan bergelar juara England sekali lagi.

Arsenal
Kredit Foto: Reuters/Paul Childs

Namun satu momen yang boleh mengubah sejarah Arsenal gagal untuk memihak kepada mereka.

Arsenal hampir menamatkan penantian kejuaraan EPL selama 20 tahun mereka musim lalu, hanya kegagalan Son Heung Min dikatakan menjadi punca.

Peminat City puji Ortega

Pada situasi 1 lawan 1, Son Heung Min telah melepaskan rembatan yang diselamatkan Stefan Ortega.

Peminat  City meraikan Ortega sebagai wira mereka. Namun peminat Arsenal pula menuduh Son Heung Min sebagai sengaja tidak menjaringkan gol untuk menafikan Arsenal menjadi juara.

Mereka menganggap penyelamatan Ortega itu seperti penyelamatan Emi Martinez ketika membantu Argentina menjadi juara dunia.

Hal ini kerana menurut mereka perseteruan antara kedua dua kelab menjadi sebab Son Heung Min tidak merembat masuk bola itu.

Peminat Arsenal percaya Spurs tanggung ‘dosa’ Son Heung Min

Dan peminat Spurs dilihat meraikan kegagalan tersebut kerana gembira Arsenal tak juara Liga Perdana Inggeris musim 2023/24.

Prestasi buruk Spurs musim ini kemudian diungkit peminat Arsenal sebagai karma daripada perbuatan Son Heung Min musim lalu.

Akaun London Is Red menulis: “Son melakukannya dengan segaja agar Arsenal tak menang liga. Penyokong Spurs meraikannya.

Peminat Arsenal percaya son sengaja

“Lihat di mana mereka sekarang. Karma!”

Dan komen itu dipersetujui peminat Arsenal yang lain.

Spurs musim ini berdepan dengan krisis kecederaan teruk dan terperosok di kelompok luar 10 teratas liga.

Dan terbaru mereka berada di tangga ke-13 setelah ditewaskan Man City 0-1 di laman sendiri.

Yang lain berkata: “Son tidak pernah peluang seperti itu dalam perlawanan lain. Saja nak khabar.”

Peminat Arsenal percaya bahawa peluang mereka menjuarai liga musim lalu dinafikan oleh Son Heung Min yang berhati busuk.

Peminat Spurs mempertahankan Son Heung Min dengan berkata: “Kenapa nak berharap kepada bantuan kelab lain terutama sekali seteru utama kamu untuk juara?

Arteta kritik pemain arsenal
Mikel Arteta / FOTO: ESPN

“Kamu yang melepaskannya dengan seri dan kalah ketika benar benar memerlukan kemenangan.