Peminat sukan permotoran antarabangsa geleng kepala melihat permintaan daripada Formula 1 yang dilaporkan meminta Litar Sepang membayar USD70 juta untuk membeli hak penganjuran Formula 1.
Litar Sepang masih menjadi antara litar kegemaran peminat F1 di seluruh dunia termasuk pemandu pemandu F1 sendiri.
Litar Antarabangsa Sepang, yang pernah menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia dari tahun 1999 hingga 2017. Dan jelas sekali peminat benar benar mahukan aksi di Litar Sepang sekali lagi.

Namun selepas 19 edisi, perlumbaan tersebut tidak lagi berada dalam kalendar Formula 1, jauh sebelum krisis Covid-19 melanda.
Beberapa kali disebut berpotensi untuk kembali, namun realitinya jauh lebih rumit.
“Kami tidak mahu mengulangi kesilapan lalu,” kata Pengarah Litar Sepang, Azhan Shafriman Hanif, dipetik daripada laporan New Strait Times beberapa bulan lalu.
“Kita melepaskan Formula 1 dahulu, dan sekarang amat sukar untuk membawanya kembali.”
‘Mat Salih’ Mahu Litar Sepang Dikembalikan Dalam Kalendar Formula 1
Menurut beliau, salah satu cabaran terbesar adalah kos penganjuran. “Ada senarai menunggu untuk kembali ke F1, dan kosnya sangat tinggi.
“Mereka mencadangkan bajet sebanyak USD70 juta (sekitar RM326 juta) untuk setiap perlumbaan, itu pun belum termasuk kos penganjuran dari pihak kami.”
Peminat F1 merasakan bahawa nilai USD70 juta itu keterlaluan. Malah ada yang berpendapat, F1 yang sepatutnya membayar Litar Sepang kerana litar tersebut adalah antara litar dengan trek terbaik dan mencabar.
Wait, do we pay them? shouldnt they be one who should pay Malaysia?
— RyraAo (@RyRaAo) August 20, 2025
Ada juga yang menyatakan bahawa Malaysia harus membayar sahaja USD70 juta itu kerana dianggap boleh membawa pulangan yang besar kepada bandar penganjur.
Seorang peminat dari Malaysia segera membalas: “Jelas sekali kamu tidak tahu Sepang itu macamana. Ianya bukan bandar besar seperti yang kamu bayangkan.”
Apapun peminat F1 benar benar rindukan aksi di Litar Sepang.
@lukehowick