Seperti diketahui umum, penyanyi terkenal Aina Abdul mempunyai suara yang lunak dan santai. Bakat suaranya itu dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran iaitu Indonesia.

Baru-baru ini, nama Aina Abdul menjadi bualan antara netizen di Malaysia dan Indonesia selepas seorang individu mendakwa penyanyi berusia 29 tahun itu adalah artis Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, rata-rata netizen mengecam individu tersebut kerana menimbulkan syak wasangka terhadap status kenegaraan Aina Abdul. Bahkan, netizen di Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan tidak masuk akal itu.

@sius.30

This Love #thislove #thislovetaylorsversion #fyp #fypシ #love #loveyou #lovestory #this #cover #coversong #indonesia #tiongkok #korea

♬ suara asli – Sius.30 – Sius.30

Netizen faham mengapa ada yang mahu claim Aina Abdul milik mereka; lebih-lebih lagi apabila Aina mempunyai kekuatan dan keunikan vokal bertaraf antarabangsa.

Selain itu, nama Aina Abdul sering jadi tumpuan dan kecaman kerana fesyen yang ‘pelik’ tetapi dia tidak pernah ambil peduli dengan kecaman itu kerana itulah dirinya yang sukakan kelainan.