Pasukan Malaysia gagal untuk mengutip sebarang mata pada aksi pembukaan kumpulan E temasya Piala Asia 2023 apabila tewas kepada Jordan dengan keputusan 4-0.
Dua gol dari Mousa Al-Tamari dan bekas pemain Kedah Darul Aman, Mahmoud Al-Mardi memastikan Malaysia mengalami kekalahan pertama dalam temasya dan meletakkan Jordan di puncak kumpulan E.
Baca Juga:
- Syihan Dianggap Mampu Selamatkan Gol Pertama Jordan, Junior Eldstal Terlalu Perlahan
- Piala Asia 2023: Gugup Punca Malaysia Tewas Kepada Jordan
- Piala Asia 2023: Jordan Mudah Tundukkan Malaysia 4-0
Ketika peminat bola sepak negara bersedih dengan kekalahan awal pagi tadi, lain pula dengan peminat dari India apabila mereka gembira dengan kekalahan pasukan negara.
I blame the organizing committee for making such good grounds.
(Pic unrelated) pic.twitter.com/lWsO6Xpyn5
— Mohun Bagan FT (@MBFT89) January 15, 2024
Tinjauan di laman media sosial rasmi Piala Asia 2023, ada segelintir peminat India yang gembira dengan keputusan perlawanan semalam dan mengucapkan tahniah kepada Jordan.
Kegembiraan peminat India ini berpunca dari tewasnya pasukan kebangsaan merek kepada Malaysia ketika perlawanan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tahun lalu.
Malaysia berjaya menewaskan India dengan keputusan 4-2 hasil jaringan dari Dion Cools, Arif Aiman, Faisal Halim dan juga Corbin-Ong.
Rata-rata peminat bola sepak negara itu tidak berpuas hati dengan kualiti padang SNBJ yang ketika itu baru sahaja menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.
Sejak kekalahan itu, peminat India sering memberi komen negatif terhadap skuad Harimau Malaya di laman media sosial terutamanya sebelum beraksi di Piala Asia 2023 Qatar.
Pada perlawanan kedua peringkat kumpulan E menentang Bahrain pada 20 Januari ini, pasukan negara perlu memperoleh sekurang-kurangnya satu mata bagi menghidupkan peluanv untuk mara ke pusingan seterusnya.