Peminat Indonesia melenting selepas satu akaun dari Malaysia di laman X memuat naik gambar yang menunjukkan pasukan yang pernah memenangi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric.
Akaun yang memuat naik gambar tersebut ialah One Football dan tindakan mereka serta-merta mendapat kecaman dari peminat skuad Garuda dan bermacam tuduhan dilontarkan.
Baca Juga:
- Jemaah Haji Indonesia Selamba Jual Rojak Di Tanah Suci Bikin Netizen Terkedu
- Erick Thohir: Pusingan Ketiga Memang Sukar Tetapi Usaha Tidak Akan Mengkhianati Hasil
- Kelayakan Piala Dunia: Senarai 18 Pasukan Layak Ke Pusingan Ketiga
Memandangkan tahun ini tahun piala AFF dianjurkan.
Ini adalah senarai negara yang pernah merangkul piala AFF.
Pelik, Singapura yang kurang baik prestasi pun boleh dapat 4 trofi berbanding Malaysia.
Malaysia satu sahaja, Harus bersyukur. pic.twitter.com/Q9Ei6g495Y
— Onefootball.my (@OnefootballM) June 19, 2024
Di ruangan komen, ada peminat dari seberang yang menganggap akaun itu sengaja mencetuskan isu selepas Malaysia gagal untuk melepasi saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026 manakala skuad kendalian Shin Tae-yong menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya melepasi pusingan kedua.
Selain itu, ada juga peminat Garuda yang menyindir Malaysia masih gagal untuk memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik dan membandingkan negara ini dengan Singapura yang sudah mempunyai satu pingat emas.
Memandangkan tahun ini tahun Olympic dianjurkan.
Ini adalah senarai negara southeast asia yang pernah merangkul gold medal Olympic.
Pelik, Singapura yang kurang baik prestasi pun boleh dapat 1 gold medal berbanding Malaysia.
Indonesia delapan sahaja, Harus bersyukur. pic.twitter.com/FqvRjHSx22
— Amur Tigro (@hahakiiim) June 19, 2024
Perseteruan antara dua negara ini khususnya dalam bola sepak sudah dari sekian lama dimana peminat dari kedua-dua negara saling menyindir tentang semua perkara dalam bola sepak.
Sebagai rekod, Indonesia belum pernah memenangi saingan Piala AFF meskipun mereka sudah mara ke perlawanan akhir sebanyak enam kali sepanjang sejarah saingan dilangsungkan.
Mereka mara ke perlawanan akhir pada edisi 2000, 2002, 2004, 2010 yang mana mereka tewas kepada Malaysia, 2016 dan 2020 yang menyaksikan skuad Garuda tewas kepada Thailand.
Saingan Piala AFF akan kembali pada tahun ini dimana Indonesia menjadi pasukan pilihan untuk muncul juara selepas menampilkan prestasi cemerlang baik di peringkat senior mahupuns kuad B-23 Tahun.