Peminat dari Indonesia mengakui saingan Liga Malaysia jauh lebih baik dan berkualiti jika mahu dibandingkan dengan saingan Liga 1 negara itu.

Baru-baru ini, salah satu media negara ini melancarkan banter dimana wakil Liga 1, Persib Bandung tewas kepada Zhejiang FC dalam aksi AFC Champions League (ACL) 2 baru-baru ini.

Baca Juga:

Keputusan berbeza diraih dua wakil Liga Malaysia iaitu Selangor yang berjaya menewaskan pasukan Filipina, Dynamic Herb Cebu dengan keputusan 1-0 manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan kelab China, Shanghai Shenghua dengan keputusan 3-0 dalam saingan ACL Elite.

Tujuan banter tersebut dilancarkan bagi memanaskan lagi perseteruan antara dua negara ini di luar padang sejak akhir-akhir ini.

Akan tetapi, peminat dari negara seberang tidak merasa tersinggung malah mereka bersetuju Liga 1 tidak setanding sekiranya dibandingkan dengan Liga Super.

“Kalau kamu semua banter mengenai kelab atau liga, yang tersinggung pasti sedikit. Kerana kami juga sepakat Liga Indonesia itu masih kurang bagus,” tulis salah seorang peminat.

“Kalau anda ulas mengenai liga, maaf kami santai. Berbeza dengan pasukan kebangsaan,” tulis seorang lagi peminat.

Berbeza dengan skuad kebangsaan, saingan Liga 1 sering kali diwarnai dengan insiden tidak diingini seperti kekecohan antara penyokong.

Rusuhan terjadi di dalam stadium selepas perlawanan antara dua kelab terkemuka di Liga 1 Indonesia iaitu Persib Bandung yang berjaya menewaskan Persija Jakarta baru-baru ini.

Selepas wisel penamat dibunyikan, terjadi kekecohan di dalam stadium dimana ada segelintir penyokong yang memukul penjaga stadium yang bertugas dalam perlawanan itu.

Menurut perkongsian media negara itu, kekecohan berpunca dari sekumpulan penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan penjaga stadium yang melakukan pelecehan terhadap penyokong ketika aksi menentang Port FC dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2.

Dalam video di atas, dapat dilihat penyokong yang masuk ke dalam padang mereka mencari penjaga stadium dan kemudian memukul mereka sebagai tanda protes.

Pada 2022, dunia dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan ketika perlawanan antara Arema menentang Persebaya Surabaya.

Seramai 135 penyokong meninggal dunia dan lebih 500 penyokong yang lain mengalami kecederaan ekoran terperangkap dalam timbunan manusia yang cuba melarikan diri selepas polis menembak gas pemedih mata ke tempat duduk penyokong.