Dalam era digital tidak mengenal sempadan, muncul pelbagai jenis manusia yang menggilakan selebriti mereka.
Peminat K-pop di China telah membuat lelongan untuk tiga helai rambut yang dikatakan milik Jan-Won Young, ahli kumpulan K-pop popular IVE.
Baca Juga:
- Artis K-Pop Batalkan Konsert Di Malaysia, Dakwa Ada Ancaman Selepas ‘Like’ Kandungan Sokong Israel
- Ikut Saranan Peminat, Bintang K-Pop Lepak Mamak Dan Minum Milo Tabur
Lelongan itu mula disiarkan di Weibo | 圈内爆爷 oleh penjual tanpa nama, mencetuskan perang bidaan yang menyaksikan harganya melonjak kepada RMB103,662 (kira-kira RM68,700) dalam masa dua hari sahaja.
Jualan itu mendakwa bahawa rambut itu dikutip daripada salah satu konsert Young baru-baru ini, tetapi kesahihan dakwaan ini masih diragui.
Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan bagaimana rambut itu diambil dan adakah ianya benar-benar milik artis tersebut.
Untuk rekod, Jang Won-young adalah ahli kumpulan IVE yang bernaung di bawah Starship Entertainment dan bekas ahli kumpulan projek Iz*One.