Dalam era digital tidak mengenal sempadan, muncul pelbagai jenis manusia yang menggilakan selebriti mereka.

Peminat K-pop di China telah membuat lelongan untuk tiga helai rambut yang dikatakan milik Jan-Won Young, ahli kumpulan K-pop popular IVE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lelongan itu mula disiarkan di Weibo | 圈内爆爷 oleh penjual tanpa nama, mencetuskan perang bidaan yang menyaksikan harganya melonjak kepada RMB103,662 (kira-kira RM68,700) dalam masa dua hari sahaja.

Jualan itu mendakwa bahawa rambut itu dikutip daripada salah satu konsert Young baru-baru ini, tetapi kesahihan dakwaan ini masih diragui.

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan bagaimana rambut itu diambil dan adakah ianya benar-benar milik artis tersebut.

Untuk rekod, Jang Won-young adalah ahli kumpulan IVE  yang bernaung di bawah Starship Entertainment dan bekas ahli kumpulan projek Iz*One.

 

Sumber