Rakyat Malaysia agak bimbang dengan keadaan Lee Zii Jia. Ianya berikutan beberapa siri post di Instagram yang dianggap agak pelik dan penuh misteri.

Peminat mahu tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada pemain badminton perseorangan nombor 1 negara itu.

Dia memuat naik gambar lukisan pelik yang agak ‘gore’ di Instagram rasmi miliknya. Berikut adalah antara imej yang dimuat naik oleh Zii Jia dalam platform Instagramnya.

5

4

3

2

Bukan itu sahaja, Lee Zii Jia turut menukar gambar profil IG miliknya kepada gambar latar gelap.

1

Sekaligus ada segelintir peminat mahu tahu keadaan kesihatan mental pemain itu. Dan berharap Lee Zii Jia segera mendapatkan rawatan atau terapi.

Peminat doakan Lee Zii Jia baik baik sahaja

Peminat juga menyatakan sokongan dan rasa sayang mereka kepada Lee Zii Jia. Dan berharap pemain perseorangan itu dapat membaca mesej sokongan kepadanya, agar dia tahu masih ramai yang sayangkannya dan menyokongnya.

Peminat juga memuat naik detik rakyat Malaysia bersorak untuknya ketika perebutan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Peminat berharap mereka yang rapat dengan Lee Zii Jia segera menghubungi dan bercakap dengan pemain itu. Dan membantunya untuk menghiburkan hatinya.

Yang lain berkata: “Kadangkala kita lupa bahawa atlet pun manusia biasa juga. Semoga Lee Zii Jia baik baik sahaja.”

Ternyata seluruh Malaysia ketika ini bersama dengan Lee Zii Jia.