Membesar dari kecil dengan animasi alih suara dari Jepun pasti antara perkara yang tidak dapat kita lupakan. Lagi-lagi untuk animasi legend seperti Dragon Ball dan Doraemon.

Semalam, Malaysia Hari Ini telah menjemput dubbers ‘otai’ dalam industri alih suara di Malaysia, Puan Ruhaiyah Ibrahim dan Puan Azizah Jais di mana mereka banyak menyumbang suara untuk pelbagai animasi alih suara di Malaysia tetapi karakter paling ikonik yang mereka bawa adalah Nobita dan Doraemon.

Baca Juga:

Bagi puan Ruhaiyah, beliau mula menyumbang suara sejak 1998 dan sehingga kini masih melakonkan watak Doraemon. “Masa nak dapat role, saya tak jangka dapat sebab semasa itu memang ada audition dan ramai yang sertainya. Dulu dah ada Doraemon tetapi mungkin klien tidak berapa puas hati jadi mereka buat casting baharu.

“Saya pun cuba nasib tetapi secara saat akhir. Selepas beberapa minggu, mereka hubungi saya dan beritahu saya dapat watak Doraemon tu,” terang Ruhaiyah.

Bagi puan Azizah pula, beliau lebih senior dalam industri dubbing dan memulakan kerjanya di RTM pada tahun 1974. Bagi Azizah pula, watak besar pertama yang dipegangnya adalah untuk siri popular Jepun satu ketika dahulu, Oshin.

“Semasa itu, wakil studio dari Jepun turun ke Malaysia untuk dengar dan pilih suara siapa yang sesuai untuk setiap watak. Saya dipilih untuk pegang watak Oshin itu dari muda hingga dewasa,” kata Azizah.

Menurut Azizah dan Ruhaiyah, sudah menjadi kebiasaan apabila disuruh untuk buat suara Nobita dan Doraemon apabila orang sekeliling baru tahu bahawa mereka adalah suara di sebalik dua watak popular itu.

@dayahbakar

Wahhhhhh bestlahhhh jumpa Doraemon dan Nobita🫶🏻❤️ #fyp #fypシ #Doraemon #MHITV3

♬ Doraemon(B) – Official Sound Studio

Mereka berdua telah menyumbang suara untuk beratus episod Doraemon bersama dan akan terus menyumbang suara setakat yang mereka mampu.

Ruhaiyah berkata beliau perasan suaranya sudah ‘lain’ apabila berusia. “Rasanya mungkin energy kurang bila kita dah berusia. Lagi-lagi bila karakter itu perlu menjerit dan bercakap banyak. Lagi-lagi kami (bersama Nobita) cakap selang seli dan nanti jadi mengah,” katanya.

Rata-rata netizen juga berkata seumur hidup mereka, baru semalam mereka lihat wajah sebenar di sebalik Doraemon dan Nobita yang menceriakan hari-hari mereka waktu kecil dahulu. Untuk menonton temu bual secara penuh, boleh tonton di sini.