Sebut mengenai Doraemon, pasti ramai yang cukup tahu dengan kartun ikonik dari negara Jepun ini. Berjaya mengisi sejumlah besar masa kecil rakyat pelbagai negara membuatkan Doraemon kekal ikonik sehingga kini.
Popular dalam mengeluarkan barangan serta mampu ke masa hadapan antara yang membuatkan Doraemon kekal unik dalam kartunnya. Dalam pada itu, siapa sangka Doraemon juga turut digunakan dalam iklan untuk menjual rumah.
Baca Juga:
- Peminat Teruja Lihat Pengalih Suara Animasi Doraemon Beraksi Secara ‘Live’ Di MHI
- Apa Kesudahan Kartun Doraemon? Saya Ke Osaka Untuk Jejak Nobita Dan Temui Ini
Menerusi gambar yang tular, dapat dilihat seorang penjual rumah di Indonesia menggunakan Doraemon pada poster iklan menjual dengan memasukkan ‘kata-kata ramalan Doraemon’ beserta nombor telefonnya.
‘Saya sudah melihat di abad ke-22 hartanah ini mempunyai mengalami peningkatan harga sehingga 100 kali ganda’ ulas Doraemon dalam poster yang diiklankan.
Iklan yang dikongsikan ini telah berjaya mendapat perhatian ramai menerusi ‘kata-kata ramalan Doraemon’ tersebut sekaligus membolehkan lebih banyak capaian berjaya diraih menerusi iklan ini.