Peminat pasukan Vietnam sudah merasa muak dengan ketua jurulatih skuad kebangsaan negara mereka iaitu Philippe Troussier dan mahu beliau untuk segera dipecat dan digantikan dengan jurulatih baharu.

Vietnam akan menjamu Indonesia di Stadium My Dinh dalam aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 26 Mac ini dimana mereka mahu segera bangkit selepas tewas kepada lawan sama sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Gelora Bung Karno pada 21 Mac lalu yang mana skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Egy Maulana Vikri.

Kekalahan itu nyata semakin membangkitkan kemarahan penyokong Vietnam dan mereka mahu Philippe Troussier segera dipecat kerana dianggap tidak cukup bagus untuk menjadi ketua jurulatih pasukan itu.

Jurulatih berusia 69 tahun itu mula memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad senior pada 2023 bagi menggantikan Park Hang-seo yang meletak jawatan selepas saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 berakhir.

Selangor
Park Hang-seo

Sejak itu, skuad The Golden Stars dianggap gagal untuk menampilkan corak permainan terbaik selain gagal meraih hasil positif di peringkat antarabangsa.

Prestasi yang kian merudum ini nyata memberi kesan terhadap kedudukan mereka dalam ranking FIFA dimana sebelum ini Vietnam menghuni tangga ke-95 dan kemudiannya jatuh ke tangga ke-112.

Dalam carta kumpulan F, Vietnam ketika ini menduduki tangga ketiga dengan kutipan 3 mata manakala Indonesia berada di tangga kedua dengan 4 mata. Iraq teguh berada di puncak dengan 9 mata.

Sekiranya tewas di laman sendiri, besar kemungkinan Vietnam akan terlepas tiket untuk layak ke pusingan ketiga saingan kelayakan.