Beberapa pemain skuad kebangsaan Indonesia dilaporkan tidak sihat menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 26 Mac ini.

Perkembangan itu didedahkan oleh ketua jurulatih, Shin Tae-yong yang mengatakan keadaan beberapa pemainnya semakin teruk dipercayai diserang virus yang tidak dikenali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Keadaan pemain tidak begitu baik, ada beberapa pemain yang keadaannya cukup parah. Entah virus apa, di Indonesia ada banyak penyakit seperti ini.

“Nasib baik kami diberikan pesawat charter oleh Presiden PSSI, Erick Thohir, jadi kami boleh menaiki penerbangan dengan lebih selesa.

“Tetapi sekali lagi ada beberapa pemain tidak berada dalam keadaan yang baik,” jelas Shin Tae-yong dalam portal CNN Indonesia. 

Difahamkan setakat ini, 5 pemain Indonesia mengalami masalah demam selepas tamat perlawanan menentang Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno khamis lepas.

“Salah satu kelmarin Yakob Sayuri diganti kerana memang seperti ada demam dan hari ini saya dapat laporan hampir lima pemain kita menderita demam.

“Mungkin keadaan udara yang berubah dan kita lihat juga beberapa pemain kita yang bermain di luar negara. Kelmarin kita boleh lihat Nathan (pemain naturalisasi) bermain bagus tetapi belum fit ya,” kata Presiden PSSI, Erick Thohir.

Walaupun Erick tidak menyebut nama-nama pemain yang tidak sihat, namun media Indonesia mendedahkan lima pemain yang terlibat ialah Rafael Struick, Sandy Walsh, Ivar Jenner, Nadeo Argawinata, dan Muhammad Riyandi.