Skuad Indonesia mengejutkan peminat bola sepak Asia Tenggara apabila menewaskan Vietnam 1-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.
Lebih menarik ini adalah kemenangan pertama Indonesia peringkat kumpulan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas 19 tahun 8 bulan.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
Ini juga merupakan kali kedua mereka menewaskan Vietnam dengan jaringan yang sama selepas saingan Piala Asia 2023 di Qatar bulan lalu.
Walaupun Indonesia tidak dapat guna khidmat dua tonggak pertahanan, Elkan Baggot dan Jordi Amat namun mereka diganti oleh dua pemain naturalisasi baharu yang membuat penampilan pertama iaitu Jay Idzes dan Nathan Tjoe-A-On.
Bagaimanapun, kemenangan mereka tidak datang dengan mudah kerana terpaksa menunggu hingga minit ke 52 untuk membuka akaun jaringan menerusi tolakan Egy Maulana hasil kesilapan pemain pertahanan Vietnam yang tertampan bola lontaran jarak jauh Pratama Arhan.
FT #WCQ2026
Indonesia 1-0 Vietnam
⚽️ Egy Maulana Vikri 52'
1. Iraq 2 Games 6point
2. Indonesia 3 Games 4pt
3. Vietnam 3 Games 4pt
4. Philipina 2 Games 1ptNext Match: 26 Maret 2024
Away vs Vietnam pic.twitter.com/IgH1WsRwQ4— Siaran Bola Live (@SiaranBolaLive) March 21, 2024
Vietnam cuba bangkit namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Indonesia yang beraksi cukup berdisiplin ditambah pula dengan sokongan padu penyokong tuan rumah.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan Indonesia kini berada di tangga kedua dalam kumpulan F dengan 4 mata dibelakang Iraq yang mengutip 6 mata setakat ini.
Kemenangan itu juga memastikan Indonesia naik 5 anak tangga dalam kedudukan ranking FIFA ke 138 dunia selepas mengutip +15.37 mata manakala Vietnam kini turun 7 anak tangga ke 112 dunia.
[FIFA Rankings update]
2026 FIFA World Cup qualification
🇮🇩 Indonesia 1-0 🇻🇳 VietnamPoints after match
🇮🇩 1088.03 (+ 15.37)
🇻🇳 1179.21 (- 15.37)Rankings after match
🇮🇩 138 (🔼 5)
🇻🇳 112 (🔽 7)#FIFARankings #WCQ #AsianQualifiers #TimnasDay— Footy Rankings (@FootyRankings) March 21, 2024
Skuad kendalian Shin Tae Yong itu juga berpeluang naik beberapa anak tangga jika berjaya menewaskan Vietnam sekali lagi di Stadium My Dinh pada 26 Mac ini.