Pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Do Duy Manh bertindak tarik diri di saat akhir daripada menyertai pasukan untuk aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia pada 21 dan 26 Mac ini.

Beberapa hari lalu, beliau dikecam hebat kerana melontarkan sindiran sama ada mereka bakal menentang Indonesia atau skuad Belanda kerana pasukan lawan dipenuhi ramai pemain naturalisasi.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami bakal menentang pasukan Indonesia atau Belanda?”, katanya kepada media Vietnam.

Belum sempat bertemu Indonesia, pemain itu meminta ketua jurulatih, Phillipe Troussier tidak menyenaraikan namanya dalam skuad akhir atas alasan mahu berehat selepas mengharungi jadual padat bersama kelabnya, Hanoi FC.

Menurut laporan the thao, Do Duy Manh sudah pun berada dalam senarai akhir pemain yang akan berangkat ke Jakarta hari ini namun selepas perbincangan dengan jurulatih, Do Duy Manh akhirnya tarik diri kerana mengalami kecederaan di bahagian peha.

“Pemain tersebut berjumpa Troussier secara peribadi bagi menjelaskan situasinya.

“Duy Manh meminta namanya tidak disenaraikan untuk perlawanan menentang Indonesia untuk memberi peluang kepada pemain lain,” tulis the thao.

Indonesia dijadualkan menentang Vietnam pada 21 Mac ini di Stadium Gelora Bung Karno sebelum bertemu lawan yang sama di Stadium My Dinh pada 26 Mac.

Bagaimanapun, skuad kendalian Shin Tae Yong itu turut kehilangan beberapa tonggak utama seperti Asnawi Mangkualam, Jordi Amat, Elkan Baggot dan Yance Sayuri.