Apabila teknologi kecerdasan buatan dan robot mula digunakan secara meluas pada era modenisasi hari ini, maka ada peluang pekerjaan yang bakal terkesan. Perkara ini benar-benar berlaku yang mana sudah kedengaran keluhan daripada mereka yang berada di dalam bidang IT.

Seorang pemuda menceritakan bagaimana rakannya yang merupakan seorang pereka grafik kini menggangur kerana pekerjaannya telah dicuri oleh ‘robot’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Member aku dulu designer, sekarang dah kena buang kerja. Dia cakap pekerjaan designer dah tak relevan, sekarang orang dah tak bayar mahal-mahal.

“Office dia dah kurangkan orang sejak kewujudan teknologi macam artificial intelligence seperti ChatGPT, Midjourney dan Canva.

“Dia cakap skill design yang dia belajar selama bertahun-tahun sekarang budak darjah 6 pun boleh belajar dalam sejam je guna platform artificial intelligence.

“Kerja korang okay ke? Food delivery pun orang dah pakai dron sekarang dekat luar, jimat kos untuk majikan”, ulas lanjut oleh pemuda itu melalui satu video TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai pendapat dan paling utama sekali mereka bersetuju banyak pekerjaan yang semakin pupus dek kehadiran teknologi robot ketika ini.

“Betul, saya kerja bahagian human resource, ada syarikat yang dah guna bantuan teknologi untuk proses gaji sekarang. Mungkin tak lama lagi kerja pun akan digantikan dengan teknologi. Tak apa, saya yakin dengan rezeki Allah.

“Betul, designer dekat tempat kerja saya dari 5 orang, kini tinggal seorang”, kata sebahagian warganet.

Bagaimanapun, sebahagian komentar juga mengatakan jangan khuatir kerana masih banyak aspek atau bidang yang masih memerlukan tenaga kerja daripada manusia sendiri sebagai contoh tukang masak, juruelektrik, tukang paip dan banyak lagi.

Seiring dengan teknologi semasa, anda dinasihatkan untuk menambah skil baharu agar boleh kekal relevan dalam menyara kos kehidupan yang kian tinggi.

Sumber