Sekiranya anda kerap menggunakan media sosial TikTok pastinya anda cukup kenal dengan seorang usahawan yang popular dengan menjual manisan yang dikenali sebagai Kieda.

Popular dengan menawarkan Kieda Crepe serta kerap mempromosikan hidangannya menerusi kedai yang diusahakan secara vendor membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, beliau yang sebelum ini berniaga di Pulau Pinang telah menjalankan tour di beberapa tempat termasuk di Ipoh yang menyaksikan sambutan yang luar biasa oleh para pelanggan.

Menerusi perkongsian, difahamkan orang ramai sanggup beratur panjang melebihi 3 jam dalam mendapatkan manisan Kieda Crepe ini.

Perkongsian sambutan hangat terhadap Kieda Crepe telah dikongsikan menerusi Facebook rasmi beliau iaitu Khalieda Yusra yang telah mendapat para netizen.

Terdapat netizen yang mendoakan semoga beliau terus dimurahkan rezeki. Tidak kurang juga yang memaklumkan agar beliau berhati-hati selepas ini agar tidak lagi menimbulkan kontroversi lagi selepas ini.

Sumber: Facebook Khalieda Yusra
Sumber: Facebook Khalieda Yusra

Sebelum ini, Kieda Crepe telah mendapat perhatian ramai setelah tour yang dijalankan beliau di Shah Alam telah menimbulkan isu apabila terdapat pelanggan yang mahu menyerang beliau setelah gagal dapatkan Kieda Crepe selepas 3 jam beratur.