Pencuri adalah satu insan yang sangat dibenci oleh masyarakat dan kebiasaannya apabila berjaya dicekup suspek bakal dipukul terlebih dahulu sebelum dihantar ke pihak berkuasa.
Namun, satu kejadian pelik di Ukhiya, Cox’ Bazar di Bangladesh seorang pemuda yang cuba mencuri di sebuah pusat gim telah diberkas sedang melakukan jenayahnya itu.
Namun, pihak pengurusan gim mengambil keputusan yang di luar kotak fikiran kita di mana mereka tidak menyerahkannya kepada polis, sebaliknya mengenakan hukuman senaman.
Tekan tubi, angkat berat, dan kardio menjadi ‘hukumannya’ sambil disaksikan oleh orang ramai yang melihat kejadian ironi itu.
Idea di sebalik ‘hukuman’ itu adalah untuk mengajarnya satu pengajaran melalui peluh, bukan ketakutan. Penduduk tempatan memuji pendekatan kreatif ini, menyifatkannya sebagai lucu dan menginsafkan
Hal ini membuktikan bahawa kadangkala, keadilan boleh datang dalam bentuk regim set dan ulangan senaman yang cukup memenatkan.
Di dalam video itu, kedengaran ahli bina badan memberi kata-kata semangat dengan laungan “sekali lagi” yang dipercayai untuk memaksa suspek untuk lakukan sampai ke tahap yang maksimum.
Walapun suspek menangis dan rayu untuk rehat, mereka tidak mengendahkan permintaan itu dan biarkan sahaja dia menghadapinya sehingga selesa
Video yang tular di media sosial itu langsung mengundang pelbagai reaksi dari netizen global akan tetapi rata-ratanya meluahkan rasa geli hati melihat hukuman yang dikenakan itu.
Ramai berseloroh melihat tindakan sesuatu yang positif kerana bukan sekadar hukuman kosong malahan boleh memberi kesan baik untuk kesihatan badan pula.