Bagi menyepadukan kaedah pengesahan untuk semua perkhidmatan digital Kerajaan, MIMOS Berhad agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan di bawah pengawasan MAMPU memperkenalkan MyDigital ID.

Buat masa ini, pendaftaran MyDigital ID dibuka kepada semua kakitangan kerajaan. Pendaftaran secara umum akan bermula pada Mac 2024. Maklumat pendaftaran dan lokasi kios pendaftaran akan disenaraikan di laman web kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi hantaran terbaharu Facebook MOSTI, pelaksanaan tersebut bertujuan untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan digital sambil memperkukuhkan keselamatan transaksi dalam talian.

“Dengan penyepaduan proses pengesahan dalam talian, individu boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan tanpa menghadapi kerumitan log masuk berbilang dan memudahkan interaksi digital dengan agensi-agensi Kerajaan.

“Pensijilan Kriteria Umum yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada EAL3+. Aplikasi MyDigital ID pada telefon pintar mengandungi identiti digital rakyat yang terikat secara kriptografi (teknologi yang sangat selamat) kepada nama dan nombor kad pengenalan,” petik kenyataan rasmi.

Ramai yang berasa sangsi dengan keselamatan maklumat peribadi mereka kerana bimbang akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, MIMOS menegaskan bahawa MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik seperti cap jari, maklumat mata, atau pengecamana muka dan tidak menggunakan sebarang cip atau implan ke dalam tubuh badan manusia.

Pada masa sama, MyDigital ID juga tidak mengumpul, memantau atau menyimpan pangkalan data peribadi mahupun aktiviti online pengguna, tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka dan tidak membolehkan pengguna memiliki lebih daripada satu identiti digital — paling penting ia juga tidak berfungsi sebagai pengganti MyKad untuk bukti pengenalan.

MOSTI juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai MyDigital ID untuk menghubungi pihaknya menerusi emel [email protected] atau layari laman web rasmi di sini.

Sumber