Ketua pasukan skuad kebangsaan, Dion Cools memberikan padangannya mengenai rekaan jersi baharu pasukan negara yang dilancarkan baru-baru ini.

Jersi baharu dilancarkan sebagai simbolik kerjasama antara PUMA Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana kedia-dua pihak memeterai perjanjian kerjasama empat tahun.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dion Cools yang beraksi bersama Buriram United dalam aksi Piala Shopee menentang Lion City Sailors baru-baru ini memberikan pandangan mengenai jersi baharu yang diperkenalkan.

“Secara peribadi, saya berharap jersi yang lebih baik. Tapi secara keseluruhan, ianya warna hitam dan putih yang melambangkan warna Malaysia.

“Saya rasa semua pihak mungkin menjangkakan sesuatu yang berbeza,” kata Dion Cools menerusi temu bual bersama Futbolita.

Selepas jersi baharu itu diperkenalkan terhadap umum, peminat bola sepak tanah air nyata kurang senang dengan corak yang digunakan pada jersi home dan juga away.

Tiada corak yang melambangkan negara Malaysia dan pengeluar menggunakan template yang lama pada rekaan jersi berkenaan.

Jersi baharu ini direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam bagi melambangkan kebanggaan dan daya tahan.

Kit baharu skuad kebangsaan Malaysia itu menampilkan teknologi ULTRAWEAVE revolusioner PUMA dan direka bentuk untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti serta ketahanan bagi membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi, sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.

“Kerjasama dengan FAM ini menandakan satu peristiwa penting bagi PUMA kerana kami dapat mengembangkan kehadiran kami dalam bola sepak Malaysia,” kata Sanjay Roy, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oceania.

“Kami berdedikasi untuk melengkapkan Harimau Malaya dengan produk inovatif yang memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat sambil meraikan kuasa sukan ini untuk bersatu dan memberikan inspirasi.”

Selain membantu pemain di atas padang, kerjasama ini memberi penekanan dalam mendekatkan sukan ini kepada orang ramai.

Melalui inisiatif yang dipacu komuniti, program penglibatan peminat yang eksklusif, dan aktiviti yang meraikan semangat Harimau Malaya, PUMA dan FAM berhasrat untuk mengeratkan hubungan di antara pasukan dan para penyokong.

“Kerjasama dengan PUMA ini menandakan satu lembaran baharu dan menarik untuk bola sepak Malaysia,” kata Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM.