Poster terbaharu yang dinaikkan jenama terkenal Jovian di salah sebuah kedai di Bandar Baru Bangi nampaknya mengundang rasa kurang senang penduduk warga setempat, lapor Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Dalam ciapan yang dimuat naik di laman Twitter, ISMA menyampaikan surat bantahan kepada Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, di mana mereka menggariskan beberapa sebab kepada papan tanda tersebut perlu diturunkan.

Baca Juga:

“Pertama, kami bantah kerana ia merendahkan kemuliaan wanita. Imej pakaian dalam wanita tak sepatutnya ditayang di tempat awam.

https://twitter.com/ikatanmuslimin/status/1602565855971508226

“Kedua, kami bantah kerana ia mempromosi soft pornography. Disebabkan warna nude, iklan ini seolah memaparkan 8 orang wanita berbikini.

“Ketiga, kami bantah kerana ia melanggar kesopanan. Iklan ini amat ironi dengan imej Bandar Bangi Bangi sebagai Bandar Ilmu dan Syurga Tudung. Apatah lagi, iklan ini amat dekat dengan masjid ikonik; Masjid Al-Hasanah dan Pejabat Khidmat ADUN Sungai Ramal, YB Mazwan Johar,” katanya.

Tambah ISMA lagi, hasil tinjauan ringkas yang dilakukan di kumpulan Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC), mereka menerima lebih 300 respon pengguna maya yang tidak bersetuju dengan papan tanda tersebut.

ISMA juga telah menyerahkan surat bantahan dan respondan tersebut kepada pihak Jovian untuk tindakan lanjut.