Kita sedia maklum bahawa WeChat merupakan perkhidmatan mesej atas talian yang paling popular di China. Kini fungsi WeChat di sana tidak hanya terhad untuk bermesej dan berjual beli tetapi kini penggunanya boleh memfailkan cerai melalui aplikasi tersebut.
Menurut laporan, fungsi tersebut masih dalam fasa percubaan dan hanya terbuka kepada pengguna di wilayah Guangdong sahaja. Setakat ini, masih belum ada perancangan untuk melebarkan fungsi ini ke wilayah lain di China. Pasangan yang ingin berpisah boleh membuat temujanji dengan pegawai pendaftar penceraian di kawasan tersebut melalui WeChat.
You can now get divorced on #WeChat pic.twitter.com/zUFityFIfy
— Matthew Brennan (@mbrennanchina) May 29, 2018
Fungsi yang baharu diperkenalkan dua minggu yang lalu dikatakan bakal memudahkan urusan ini tanpa perlu menempuh proses yang panjang. Mungkin pengguna WeChat di Malaysia juga akan mempunyai fungsi-fungsi yang baharu ini?