Setiap kali sambutan Hari Raya Aidifiltri pasti orang ramai mahu pulang ke kampung kerana rindu mahu berjumpa ibubapa dan sanak-saudara.

Namun, tidak dinafikan masalah kesesakan lalu lintas membuatkan majoriti pengguna jalan raya terpaksa memandu sehingga berbelas jam untuk sampai ke destinasi dan kampung halaman masing-masing.

Tular pula sebuah kisah di laman Facebook baru-baru ini apabila seorang individu bernama Zairul Annuar meluahkan rasa terharu dengan sikap penduduk Cina di Daerah Ladang Bikam, Perak yang sanggup membuka jalan baharu dengan jentolak untuk memudahkan orang Melayu balik semula ke ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Individu itu mendakwa disebabkan jalan sesak di lebuh raya dari Simpang Pulai menuju ke arah selatan, dia melalui susur Gopeng untuk menggunakan jalan dalam.

Sumber Gambar: FB Zairul Annuar

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan untuk berpatah balik, Zairul diarahkan oleh sekumpulan penduduk untuk berhenti menunggu sehingga kerja penyelenggaraan jalan selesai.

“Bos, you mahu pergi KL kan? Jangan patah balik, jalan depan tadi tak boleh jalan (dilalui)? Tak apa kita bawa backhoe (jengkaut) untuk repair (baiki) jalan. Tunggu sekejap, tak perlu berpatah balik, jalan Ladang Bikam sesak teruk sebab accident (kemalangan) baik ikut Jalan Bidor untuk sampai KL,” ujar seorang lelaki Cina.

“Hati saya berasa terharu. Penduduk Cina di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang Melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur. Mereka keluar rumah sama-sama untuk bergotong-royong,” kata pemilik hantaran ini.

Jarak sepanjang kebun kelapa sawit tersebut adalah sejauh kira-kira 3km.

@mantobatv

Kisah pulang beraya balik ke KL. Penalaman epak jem melalui lorong tikus dibantu oleh penduduk dr kaum cina. Pengalaman dikongsi oleh Zairul Annuar.

♬ Keroncong Hari Raya Wings – user43705813015

Perkongsian lelaki itu ternyata telah meraih perhatian netizan yang mana rata-ratanya memuji tindakan murni penduduk setempat di situ yang sanggup bergotong-royong demi kemudahan orang lain.

Sumber Gambar: FB Zairul Annuar
Sumber Gambar: FB Zairul Annuar

Selain terharu, ramai sangat bangga dengan sikap perpaduan yang ditonjolkan meskipun berlainan bangsa mahupun agama di negara ini.