Walaupun sudah lebih seminggu dilaksanakan, masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang berdegil dan ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang berjalan.

Setiap hari, ada sahaja perkongsian yang dibuat di media sosial menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab orang kita dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Seperti perkongsian yang dibuat netizen yang dipercayai petugas kesihatan ini ketika mereka membuat rondaan di sebuah kawasan perumahan dan terserempak dengan beberapa penduduk yang masih berada di luar rumah.

Bagaimanapun, perkongsian itu pasti akan membuat siapa sahaja ketawa besar selepas individu-individu yang ingkar dengan arahan ini termasuk kanak-kanak lari bertempiaran selepas diberikan amaran menggunakan pembesar suara.

Selain daripada kumpulan kanak-kanak itu yang lari bertempiaran, kiriman itu juga turut berkongsi bagaimana telatah seorang lelaki yang dipercayai sedang berjogging turut ‘melarikan’ diri.

Dia yang ketika itu berseorangan melakukan larian di sekitar kawasan perumahan itu dilihat mempercepatkan langkahnya selepas diekori dan di ‘sound’ oleh pegawai bertugas menggunakan pembesar suara.

“Kena teriak mcm ni baru ada akai! Bertempiaran lari!

“Tujuan kami hanya satu sahaja. Kami nak kes COVID-19 berakhir. Petugas-petugas boleh kembali ke pangkuan keluarga. Orang ramai boleh jalani kehidupan seperti sedia kala.

“Tiada lagi kematian. Tiada lagi yang masuk hospital. Tiada lagi tangisan. Tolong lah faham wahai semua. Kami terpaksa bertegas jika terpaksa. Nasihat elok-elok tapi masih buat tak tahu,” kongsi Glen Andr di Facebook.

Berikut adalah kiriman asal yang dimuat naik di Facebook dan sehingga artikel ini ditulis sudah pun mendapat 47,000 perkongsian dan hampir 6,000 ribu komen.

Baca perkongsian lain kami sebelum ini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Klik pautan di bawah untuk membaca.

Perdana Menteri Umum PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang PKP

Sumber