YouTube sedia menawarkan format video pendek serupa TikTok untuk menyaingi platform media sosial di luar sana. Jika sebelum ini pencipta kandungan hanya boleh menjana pendapatan menerusi video biasa yang dimuat naik pada platform tersebut, kini dengan format YouTube Shorts juga bakal menerima insentif yang sama.
Bermula 1 Februari kelak, penerbit kandungan bukan sahaja boleh menjana pendapatan menerusi video biasa yang diterbitkan di YouTube malahan menerusi video yang diterbitkan di bawah YouTube Shorts.
Baca Juga:
- MrBeast Pintas PewDiePie Untuk Muncul Sebagai Individu Dengan ‘Followers’ Tertinggi YouTube
- Youtuber Malaysia, Adam Shamil Terima Tawaran Jadi Tenaga Pengajar Di Nas Academy
- Gadis Berusia 12 Tahun Ini Tersenarai Sebagai 10 YouTuber Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi Malaysia
Penawaran perkongsian pendapatan bersama penerbit kandungan juga memberikan sedikit kelebihan kepada YouTube berbanding dengan Instagram Reels atau TikTok pada ketika ini.
Bagaimanapun, anda perlu menyertai program jana pendapatan atau YouTube Partner Program ini. Sesebuah saluran perlu mempunyai 1,000 subscriber dan turut dilengkapi dengan 4,000 jam masa tontonan video biasa atau 10 juta tontonan untuk video Shorts dalam tempoh 90 hari terakhir.