Bermula hari semalam, pelajar IPTA sudah menerima bantuan kredit e-Tunai  Belia Rahmah berjumlah RM200. Memandangkan ditawarkan dalam bentuk kredit, maka ramai yang mahu menukar ia kepada wang tunai yang mana boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk berbuat sedemikian. Bahkan, timbul penawaran servis untuk ‘cash out’ daripada segelintir individu. Bagaimanapun, sudah muncul beberapa pelajar yang mengadu telah menjadi mangsa penipuan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter
Sumber Gambar: Twitter

Difahamkan servis ini sedia ditawarkan oleh individu yang mempunyai akaun bisnes lalu mereka akan menukarkan kredit yang masuk kepada wang. Jadi, pelajar yang berminat bakal dikenakan caj servis bergantung kepada individu yang menawarkannya.

Memandangkan ramai pelajar yang terdesak mahu menukar kredit kepada wang, maka scammer juga mengambil peluang untuk memerangkap mangsanya. Anda boleh cari sendiri di TikTok atau pun Twitter di mana penawaran servis ini timbul bagai cendawan selepas hujan.

Oleh itu, anda diingatkan untuk berhati-hati dengan servis tersebut dan gunakan kredit menerusi platform yang betul. Tiada guna menyesal di kemudian hari selepas ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.