Ketua jurulatih baharu pasukan Indonesia, Patrick Kluivert membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak mengenai sasaran yang diletakkan ke atas beliau bersama skuad Garuda.

Dalam satu temu bual, bekas pemain Barcelona dan AC Milan itu mendedahkan bahawa Ketua Umum PSSI, Erick Thohir tidak memberikan sasaran untuk layak ke Piala Dunia 2026 terhadap beliau.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

“Erick tidak memberikan saya sasaran itu (Piala Dunia 2026). Sudah tentu kami mahu layak ke temasya itu kerana kita mempunyai peluang. Semuanya ada di tangan kita sendiri.

“Sudah tentu tidak mudah untuk mengharungi saingan dalam kumpulan C. Tetapi saya mahu mendapatkan cabaran untuk pasukan. Jika anda melihat kepada pasukan yang akan saya bimbing, mereka mempunyai potensi,” katanya.

Pengakuan ini nyata kurang disenangi oleh peminat dari negara seberang kerana mereka mahu skuad kebangsaan untuk layak ke Piala Dunia 2026 kerana itu adalah sasaran yang diletakkan ke atas pengendali sebelum ini iaitu Shin Tae-yong.

Patrick Kluivert melantik dua jurulatih dari Belanda iaitu Denny Landzaat dan Alex Pastoor bagi menguruskan pasukan.

Fakta menarik yang boleh diperkatakan mengenai pelantikan Landzaat adalah mengenai kemampuannya untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Indonesia.

Bahasa Indonesia cukup sinonim dengan bekas pemain tengah itu kerana ibunya berasal dari Kepulauan Maluku.

Jadi kefasihan Lanzdaat dalam bahasa Indonesia serta sudah mengetahui selok-belok budaya negara tersebut sedikit sebanyak mampu untuk lebih memudahkan tugasan Kluivert.

Bagi Alex Pastoor pula, sebelum menyertai staf kejurulatihan Indonesia, beliau menguruskan kelab Eredivisie iaitu Almere City dimana beliau menjadi pengurus pasukan selama dua setengah musim bermula pada 2022 hingga 2024.

Barisan kejurulatihan baharu Indonesia akan menghadapi tugasan pertama pada 20 Mac nanti dimana skuad Garuda itu akan beraksi di tempat lawan untuk menghadapi Australia pada aksi ketujuh pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.