Nota Editor: Pengalaman sertai misi kemanusiaan di Kemboja ini telah dikongsikan oleh seorang pelajar UIA, Imaduddin Rabani Zulbahar untuk siaran di Vocket. Semoga ia dapat dijadikan inspirasi untuk anda yang ingin sertai misi sebegini.

misi-kemanusiaan-kemboja-14

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

misi-kemanusiaan-kemboja-19

Pada 18 September hingga 28 September 2015, Kelab Umission UIAM bersama Alumni SM Sultan Abdul Halim (Jenan) telah pergi ke Kemboja untuk misi kemanusiaan membantu umat Islam di sana.

Misi kemanusiaan ke Kemboja ini banyak membuka mata aku yang pertama kali menyertai misi kemanusiaan ke luar negara sebegini. Terlalu banyak benda yang aku belajar setelah melihat dan pergi sendiri ke Kemboja.

Misi yang diberi nama Journey of Khalifah to Cambodia 2015 ini disertai seramai 25 orang pelajar UIAM dan 15 orang pengiring yang terdiri dari doktor, pensyarah dan professional yang lain.

Pengalaman yang ada ini, aku harap sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain terutamanya anak muda di Malaysia ini.

misi-kemanusiaan-kemboja-24

misi-kemanusiaan-kemboja-23

misi-kemanusiaan-kemboja-22

misi-kemanusiaan-kemboja-21

Antara pengalaman yang aku dapat kongsikan adalah :

Sebelum Program

Disebabkan program ini ke luar negara, maka bajet yang diperlukan juga tinggi dan banyak. Disamping matawang Ringgit yang turun serta ekonomi negara yang kurang stabil, kami terpaksa mencari sendiri dana untuk program ini.

Apa yang kami buat antaranya, pergi ke setiap masjid di sekitar Selangor mohon sumbangan, terutamanya semasa solat Jumaat, charity sale dan mencari sponsorship di beberapa syarikat.

Selain itu, sumbangan individu seperti pensyarah dan orang awam juga banyak membantu menyumbangkan dana untuk misi ini. Orang ramai juga turut memberi sumbangan seperti pakaian, Qur’an, alat tulis, telekung, duit untuk korban, Aqiqah, Zakat dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang kerana kami akhirnya berjaya mengutip duit mencecah rm13,000.00 untuk membantu misi kali ini.

misi-kemanusiaan-kemboja-20

misi-kemanusiaan-kemboja-18

misi-kemanusiaan-kemboja-17

misi-kemanusiaan-kemboja-16

misi-kemanusiaan-kemboja-15

Semasa Program

Sesampai disana, kami berada selama dua hari Phnom Penh sebelum bergerak ke Battambang selama enam hari kemudian dua hari lagi di Siem Reap. Di Phnom Penh, kami pergi ke Kg Chroy Metrey untuk khatan, membuat Aqiqah, beri sumbangan kepada orang kampong.

Kemudian, di Battambang kami pergi ke Masjid Dhiauddin, Dam Sbai untuk melakukan ibadah korban, khatan, memberi zakat, fidyah dan memberi sumbangan kepada penduduk kampung di sekitar Battambang.

Kami juga menyambut Aidil Adha di sini. Antara kampong yang kami turut pergi di Battambang adalah Kampung Kok Grong / Surau Muhammady, Kg. Pang Relim, Kg. An Nikmah dan sebagainya.

Sepanjang program ini, kami berjaya membawa sebanyak 118 ekor lembu hasil sumbangan orang ramai di Malaysia untuk diagih dan dikorban sempena Aidil Adha di Kemboja.

Selain itu, misi kali ini berjaya mengkhatankan seramai 295 orang, 210 orang lelaki dan 85 orang perempuan pelbagai umur.

misi-kemanusiaan-kemboja-12

misi-kemanusiaan-kemboja-6

misi-kemanusiaan-kemboja-5

misi-kemanusiaan-kemboja-4

misi-kemanusiaan-kemboja-3

misi-kemanusiaan-kemboja-2

misi-kemanusiaan-kemboja-1

misi-kemanusiaan-kemboja-13

Pengalaman Berharga

1. Dapat membantu dan bersama dengan para doktor untuk program khatan.
2. Untuk pertama kali, dapat menyembelih sendiri lembu korban.
3. Dapat bekerja sebagai satu team dengan orang-orang yang berpengalaman dan hebat.
4. Dapat merasai bagaimana kehidupan Muslim di Kemboja yang sudah semestinya tak sesenang kita.
5. Pengalaman pertama di Kemboja, merasai kehidupan di sana seperti makanan mereka, suasana di sana dan sebagainya.
6. Dapat tambah ramai kawan baru, terutama orang Kemboja
7. Pertama kali beraya tanpa keluarga.

Kesimpulannya, antara apa yang aku dapat yang boleh aku kongsikan dengan semua orang adalah, perlunya kita bersyukur dengan apa yang ada.

Mungkin kita dah biasa dengar ayat macam ni, tapi ini benda yang kita perlu sentiasa ingat. Di sana, tiada air sejernih air kita. Air yang diguna untuk minum, makan, mandi semunya adalah air sungai yang tak ditapis.

Aku juga merasakan perlunya kita menolong sahabat seIslam kita terutamanya yang ditindas dan didikrimasi seperti di Kemboja.

Program ini juga, tidak akan berjaya tanpa semangat, kekuatan, kerjasama semua orang terutama para volunteer yang banyak membantu menjayakan misi kali ini.

Akhir kata, aku berharap, anak muda Malaysia terutamanya, gunakanlah masa yang ada, tenaga yang ada, minda yang ada untuk bantu seramai mana orang yang ada di luar sana.

Ingat, kita takkan rugi kalau kita membantu orang lain. Teringat aku akan firman Allah, maksudnya,

“Show forgiveness, enjoin kindness and turn away from ignorance” Al-Araf ayat 119.

Baca juga bagaimana Seorang Pensyarah Berkongsi Cara Menjadi Sukarelawan Yang Efektif Dalam Misi Kemanusiaan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram